saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

Mifzal, Rafiq teruskan kecemerlangan UiTM

MOHAMMED Mifzal Mohd. Murshid Kieron (kiri) dan Rafiq Saladin Omar Salahuddin menunjukkan pengiktirafan yang diperoleh sebagai johan dalam Kejohanan Debat Parlimen British Peringkat Asia di Universiti Malaysia Sarawak, Kuching, barubaru ini.

SHAH ALAM 16 Okt. - Dua pelajar Fakulti Undangundang Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhasrat terus mengharumkan nama negara dalam pertandingan debat hingga ke peringkat dunia.

Pelajar terbabit, Mohammed Mifzal Mohd. Murshid Kieron, 21, dan Rafiq Saladin Omar Salahuddin, 22, barubaru ini berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Debat Parlimen British peringkat Asia di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Dalam kejohanan tersebut, Mohammed Mifzal dan Rafiq Saladin yang merupakan anak jati Negeri Sembilan turut berjaya meletakkan nama mereka masing-masing sebagai Pendebat Pertama dan Pendebat Kedua Terbaik Keseluruhan Asia setelah mengalahkan pasukan Nanyang Technology Institute dari Singapura dan Institute of Business Administration (IBA) Dhaka, Bangladesh.

Selain itu, kedua-duanya berjaya mengalahkan rakan mereka daripada UiTM yang diwakili oleh Jainah Jaafar Sidek dan Jasmin Ho Abdullah yang menjadi naib juara.

Mohammed Mifzal ketika dihubungi berkata, dia dan Rafiq Saladin membuat persediaan terperinci sebelum berhadapan dengan pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan kedua berprestij di Asia itu.

"Dalam kejohanan tersebut, sebanyak 76 pasukan daripada 22 negara rantau Asia mengambil bahagian. Jika difikirkan, kesemua pasukan mempunyai kelebihan masingmasing.

"Bagaimanapun, sebagai pelajar UiTM, saya bersamasama Rafiq Saladin yakin dapat melakukan yang terbaik dan alhamdulillah, kami berjaya menjadi johan.

"Kami mahu meneruskan kejayaan ini sekali gus meletakkan nama Malaysia, UiTM selain membuktikan bahawa anak Melayu mampu mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohammed Mifzal memberitahu, dia dan Rafiq Saladin sedang membuat persiapan bagi menghadapi satu lagi pertandingan iaitu Kejohanan Debat Universiti-Universiti Antarabangsa (WUDC) yang dijadual berlangsung di UiTM, Disember ini.

"WUDC nanti amat bermakna kepada kami kerana diadakan di UiTM, justeru kami berharap mampu memberikan cabaran sengit kepada pasukanpasukan lain yang bertanding dalam kejohanan itu," katanya.

Apa yang menarik, kejayaan dicapai dua pelajar itu mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut mendoakan kejayaan keduadua pelajar itu pada kejohanan debat peringkat antarabangsa yang berlangsung pada Disember ini.

"Tahniah diucapkan kepada pendebat kita dari UiTM kerana memenangi Kejohanan Debat Parlimen British peringkat Asia, kali kedua pasukan Malaysia memenanginya.

"Saya berharap semoga kemenangan ini akan memberi semangat kepada pasukan itu untuk memberikan yang terbaik dalam Kejohanan Debat Universiti-Universiti Antarabangsa akan datang," kata Perdana Menteri dalam laman Facebook miliknya.

Pada Jun lalu, UiTM berjaya melahirkan pendebat terbaik apabila seorang pelajarnya daripada Fakulti Undangundang, Maizurah Mokhsien, 23, muncul sebagai Pendebat Terbaik Seluruh Asia dalam Kejohanan Debat Asia Bersatu (UADC) di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.