saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/10/2014

PIDD 2014 tampil penceramah terkenal, berwibawa

IPOH 16 Okt. - Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) 2014 yang akan diadakan buat kali kedua pada 19 hingga 21 Oktober ini di Swiss Garden Golf Resort & Spa, Lumut bakal menampilkan penceramah terkemuka dan berwibawa dalam bidang pembangunan sosioekonomi dari serata dunia.

Antaranya pakar motivasi dan strategi persaingan dari Jepun, Morinosuke Kawaguchi; profesor ekonomi dan kemajuan teknologi, Prof. Rajah Rasiah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sendiri.

Morinosuke merupakan tokoh terkemuka dari Jepun dan kini bertugas sebagai penasihat strategi kerajaan negaranya serta beberapa syarikat multinasional terbesar dunia.

Dialog tersebut akan membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan awam sebagai penggerak transformasi sosioekonomi yang inklusif akan membawa kepada pembangunan mapan seterusnya memperkasa kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk kemakmuran bersama.

Para penceramah utama juga akan bekerjasama dalam sesi dialog terakhir menerusi pembentangan komen, pemerhatian dan perkongsian pengalaman yang digarap sepanjang dialog.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Mazalan Kamis berkata, PIDD merupakan platform yang mempromosikan pertukaran maklumat dan idea dalam bidang pembangunan global dan negeri.

"PIDD 2014 mewujudkan platform pencetus perkongsian idea dan mengenal pasti amalan terbaik dalam memacu kemajuan Perak dan negara pada masa hadapan," katanya.

IDR merupakan badan pemikir kepada kerajaan negeri yang diilhamkan oleh Zambry.

Misi IDR adalah menjalankan penyelidikan berkualiti tinggi yang menjuruskan kepada penghasilan cadangan berinovatif yang relevan, praktikal dan berkesan, selari dengan aspirasi Perak Amanjaya.

Untuk mencapainya, IDR bekerjasama untuk mewujudkan formula dan memberi pandangan berkaitan dasar awam yang mencerminkan tiga objektif utama Perak Amanjaya iaitu peluang berkualiti, pendapatan berkualiti dan kehidupan berkualiti. Usaha IDR dipandu oleh prinsip-prinsip akauntabiliti, integriti, kredibiliti dan inovasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.