saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

UNSC: Najib garis 5 keutamaan

NAJIB Tun Razak 'berselfie' bersama rakan sejawatnya, Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi selepas mengadakan pertemuan dua hala antara Malaysia dan Itali sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10 di Milan, semalam. - BERNAMA

MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima keutamaan yang akan dilaksanakan oleh Malaysia selepas dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Ke­selamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Perdana Menteri berkata, usaha memperkembangkan agenda kesederhanaan atau wasatiyah ke peringkat global adalah salah satu daripada lima keutamaan itu sebaik sahaja menduduki kerusi tersebut mulai tahun depan.

Malaysia berjaya menduduki kerusi UNSC selepas memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pe­ngundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat semalam.

Najib melahirkan rasa syukur dengan pemilihan itu dan menyifatkannya sebagai penerimaan terhadap dasar-dasar negara yang mengamalkan dasar luar berasaskan prinsip, kesederhanaan serta menentang aktiviti keganasan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10 di sini malam tadi.

Melalui keanggotaan UNSC, Perdana Menteri seterusnya menggariskan lima keutamaan yang akan dilaksanakan oleh wakil Malaysia iaitu:

* Mengembangkan agenda ke­sederhanaan pada peringkat global,

* Menggalakkan rundingan dalam penyelesaian konflik,

* Menggalakkan operasi pengaman oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

* Membantu proses mencapai keamanan di negara-negara konflik dan

* Membincangkan reformasi komprehensif di dalam UNSC dan PBB.

Kali pertama Malaysia menduduki kerusi UNSC ialah pada 1965, kali kedua pada 1989-1990 dan kali ketiga pada sesi 1999-2000 dengan mendapat 174 undi daripada 176 negara.

Najib berkata, kejayaan negara dipilih menduduki salah satu kerusi UNSC itu adalah satu kejayaan yang sangat bermakna dan seterusnya beliau berterima kasih kepada negara-negara yang menyokong pencalonan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan pegawai-pegawai Wisma Putra dalam memastikan kejayaan Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, beberapa pemimpin yang menghadiri Asem yang ditemuinya semalam seperti Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi turut mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia menyertai UNSC.

Sementara itu, menerusi rakaman video yang dimuat naik ke laman blognya, www.najibrazak.com, Najib berkata, kejayaan menduduki kerusi UNSC merupakan pengiktirafan terhadap dasar luar Malaysia berikutan rekod cemerlang negara dalam menggalakkan keamanan, kesederhanaan dan keselamatan.

Katanya, seluruh rakyat perlu berasa bangga dengan kejayaan tersebut dan tegasnya, sebagai ahli UNSC, negara ini akan mengambil bahagian secara aktif dalam proses membuat keputusan di mana perkara itu pastinya akan meningkatkan lagi pengaruh Malaysia di peringkat global.

"Kita akan memperjungkan keamanan dan keselamatan sejagat dengan mengutarakan visi Malaysia tentang keamanan serta kesederhanaan iaitu sebuah wawasan yang saya percaya akan menjadikan keamanan dunia lebih terjamin," katanya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.