saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kekalkan hubungan baik

DR. Mahathir Mohamad menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Palestin untuk Gaza daripada Mohd. Radzif Mohd. Yunus (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Pengarah Strategi dan Perkhidmatan Kumpulan SME Bank, Mohamad Sabir Mohamad Sabri (kanan) dan Ketua Perhubungan Sumber Manusia, Mustafar Maarof (kiri) di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kejayaan negara yang dipilih sekali lagi sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) merupakan perkara positif dan membanggakan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar khususnya negara kecil untuk terus mendapat sokongan mereka.

"Kalau kita kecualikan mereka, tiada layanan dengan mereka, tiap seorang daripada mereka mempunyai satu undi sama seperti Amerika Syarikat, sebab itu kena jaga hubungan kita dengan negara kecil," katanya ketika ditemui dalam majlis Penyerahan Cek Tabung Kemanusiaan Palestin Untuk Gaza oleh SME Bank kepada Yayasan Keamanan Sejagat Perdana (PGPF) di sini hari ini.

Sumbangan RM10,000 itu adalah hasil kutipan derma yang dilancarkan oleh SME Bank melibatkan semua warga kerja dan pihak pengurusan.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, sumbangan tersebut amat bermakna bagi PGPF terutama dalam usaha membantu pemulihan dan pembangunan di Gaza.

Kata beliau, pihaknya akan menyerahkan bantuan dalam bentuk alatan dan bahan-bahan pembinaan kerana sehingga kini, 100,000 penduduk di wilayah bergolak tersebut masih tiada tempat berlindung.

"Kekangan yang wujud kini adalah sekatan (bantuan kemanusiaan) Israel terhadap Gaza.

"Tetapi apa yang dunia nampak? Kalau Israel bunuh orang pun tidak mengapa sebab dia Israel," katanya dalam nada kesal.

Sementara itu, Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penderitaan dan keperitan hidup penduduk Palestin yang ditindas rejim Israel.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.