saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan

NEW YORK 17 Okt. - Kejayaan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dengan undian tertinggi dalam sejarah akan digunakan sebaik mungkin untuk terus mempromosikan keamanan dan keselamatan dunia melalui prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, 187 buah negara yang mengundi Malaysia menduduki kerusi tidak tetap UNSC itu adalah kerana perjuangan negara yang lantang menentang ketidakadilan serta menentang keganasan sebaliknya mengutamakan prinsip-prinsip diplomatik dan rundingan selama ini.

"Rata-rata yang mengundi hari ini percaya dengan kebolehan dan kredibiliti kita dalam mempromosikan keamanan. Malaysia berikrar akan mengotakan segala janji kita kepada negara-negara ini yang mahu kita lantang bersuara. Asas-asas kemanusiaan lebih penting daripada tindakan ketenteraan.

"Reputasi Malaysia menjadi mediator dalam pelbagai rundingan telah meyakinkan umum dengan kebolehan kita duduk dan vokal dalam pelbagai konflik antarabangsa. Selepas ini kita merupakan salah sebuah daripada 15 buah negara yang akan dapat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan pelbagai isu membabitkan keamanan dan keselamatan dunia, pengiktirafan ini sungguh besar," katanya ketika ditemui di sini.

Anifah berkata, Malaysia amat komited dalam misi keamanan sejak tahun 1960 dan tidak akan berhenti malah, sehingga kini rekod menunjukkan negara telah menghantar lebih 29,000 anggota tentera dan polis bagi membantu mengawal keadaan di negara-negara bergolak.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Wisma Putra telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti dan menerima maklum balas dari negara-negara Asia Pasifik yang diwakili berhubung isu keamanan dan keselamatan sejak lima bulan lalu walaupun belum terpilih menduduki kerusi tidak tetap UNSC.

"Walaupun penggal hanya bermula dari Januari 2015, tanggungjawab yang perlu digalas oleh Malaysia sangat besar, untuk itu Wisma Putra telah menubuhkan sebuah pasukan khas ke sini (New York) bagi memulakan tugas sejak lima bulan lalu.

"Kita juga akan bekerjasama dengan negara terpilih menganggotai kerusi UNSC iaitu Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol. Ada banyak isu yang boleh dibincangkan dalam semua aspek selain berkongsi cara hidup di negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.