saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pemilihan Malaysia sebagai salah sebuah negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) harus dijadikan landasan kepada negara untuk membantu membawa perubahan dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi umat Islam di seluruh dunia.

Menurut Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, kepercayaan tersebut juga merupakan amanah besar negara untuk menangkis permasalahan Islamofobia yang telah bersarang dalam masyarakat dunia sejak bertahun lamanya.

"Komitmen menjaga keamanan dalam kalangan masyarakat Islam telah kita buktikan melalui perjanjian untuk Bangsamoro antara Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro selain menjadi perantara bagi proses dialog keamanan di selatan Thailand.

"Melalui pemilihan ini, tanggungjawab tersebut bukan lagi spesifik di kawasan serantau tetapi keupayaan harus dilaksanakan di peringkat global di samping menjadi negara Islam contoh yang mampu menepis segala persepsi negatif terhadap umat Islam dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejayaan Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC selepas memperoleh 187 undi daripada 192 negara yang mengundi bagi memilih lima wakil majlis itu.

Ini merupakan kali keempat negara dipilih selepas kali terakhir menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

Dalam pada itu, pensyarah Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Nor Azizan Idris berpendapat, kejayaan tersebut membuktikan keyakinan berterusan kuasa-kuasa besar terhadap negara dalam menjaga keamanan sejagat.

"Sebagai salah satu negara yang membawa konsep kesederhanaan, Malaysia berjaya 'memancing' undian dengan lebih besar daripada yang dijangka dan ini menunjukkan perkembangan positif.

"Saya difahamkan sokongan yang diterima melebihi sasaran awal yang diletakkan iaitu hanya 130 undi. Ini sekali gus menunjukkan penerimaan negara luar terhadap peranan yang mampu digalas oleh Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.