saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Bangunan sekolah rosak teruk

SEREMBAN 17 Okt. Bangunan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Sekolah Kebangsaan (SK) LB Johnson dekat sini mengalami pelbagai kerosakan selepas ribut melanda daerah ini lewat petang semalam.

Guru Besar SK LB Johnson, Abd. Razak Rasdi berkata, ribut yang melanda sekitar pukul 5.40 petang menyebabkan banyak kerosakan namun tiada sebarang kecederaan membabitkan murid atau guru.

Katanya, sewaktu kejadian, beberapa guru yang bersiap untuk pulang selepas selesai mengajar kelas agama petang dikejutkan dengan bunyi kuat dari pelbagai arah.

"Mereka terkejut apabila mendapati sebahagian atap genting dari bangunan kelas tiga tingkat dekat tandas dan tangga diterbangkan angin manakala 11 keping siling dari bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran dan pusat sumber tercabut.

"Mujurlah sewaktu kejadian, murid yang mengikuti kelas agama petang sudah pulang 10 minit lebih awal," katanya yang ditemui hari ini.

Ribut dan hujan lebat tersebut turut mengakibatkan beberapa pokok di sekitar sekolah tumbang, merosakkan pasu bunga besar termasuk sebuah kereta Toyota Vios yang diletakkan di hadapan salah sebuah bangunan.

Di TKC pula, beberapa struktur di bangunan dewan turut rosak selain kepingan atap genting bertaburan di lantai namun petugas media dilarang memasuki kawasan sekolah.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid yang melawat SK LB Johnson berkata, Kementerian Pendidikan dalam proses menangani masalah berkenaan manakala pihaknya akan memberikan sejumlah peruntukan bagi membaik pulih kerosakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.