saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kanakkanak ditemui berkeliaran

GEORGETOWN 17 Okt. - Seorang kanakkanak lelaki berusia antara satu hingga dua tahun ditemui berseorangan di Jalan Persiaran Gurney berhadapan Hotel Gurney di sini malam tadi.

Kanak-kanak dengan ketinggian 0.87 meter itu yang memakai sepasang baju Melayu berwarna biru ditemui berkeliaran di kawasan itu oleh orang awam pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis belum menerima aduan berhubung kehilangan kanak-kanak dalam tempoh lebih 12 jam selepas kanak-kanak itu dijumpai.

"Kami juga gagal mendapatkan sebarang maklumat daripada kanak-kanak itu kerana dia tidak bercakap sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kanakkanak itu berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya.

Kanakkanak itu akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Mior Faridalathrash meminta waris atau individu yang mengenali kanakkanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 042181822 atau balai polis berhampiran. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.