saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi

KOTA BHARU 17 Okt. - Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang giat merekrut rakyat negara ini untuk berjuang di Syria atas nama jihad wajar dijauhi kerana tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, orang ramai khususnya belia perlu berhati-hati dan mendalami pengertian konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk menyertai ISIS manakala ibu bapa mesti membimbing dan memantau.

"ISIS ini kita tidak tahu apa matlamat dia, tahu-tahu sahaja sudah timbul di rantau Asia Barat. Kita juga perlu hati-hati dengan perkataan jihad.

"Sebenarnya kita di Malaysia ini ada banyak ruang berjihad terutama dalam pelajaran, ekonomi dan lain-lain untuk meningkatkan kualiti hidup dan agama," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan serta menghadiri prapelancaran buku tulisannya bertajuk 'Khalifah: Kita Pilihan Allah' yang disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, Pas menerima dengan rela dan berlapang dada di atas prinsip demokrasi berhubung tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar yang mengumumkan keluar daripada parti itu, kelmarin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.