saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS

KUALA LUMPUR 17 Okt.- Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak mampu mengekang kegiatan kumpulan militan yang merekrut rakyat negara ini untuk berjuang atas nama jihad di negara bergolak.

Pengerusi Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, pihak berkuasa perlu mendapatkan bukti yang mustahil untuk dikemukakan sebelum melakukan pendakwaan di mahkamah.

"Perkara tersebut menyebabkan penguat kuasa mengambil masa yang lama untuk mengukuhkan bukti sedia ada dan akhirnya gagal untuk membuat pendakwaan.

"Lebih-lebih lagi, kesemua yang terlibat direkrut di luar negara dan sukar untuk dibuktikan penglibatan mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, polis menahan 14 individu di Shah Alam, Selangor dan Damansara di sini yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Tambah Musa, golongan itu harus didedahkan erti sebenar jihad dengan mempelajari teknik membuat keputusan yang lebih bijak dan matang.

"Jika perkara itu tidak dibanteras segera, lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai IS dan akan dilatih sebagai militan yang mempunyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.