saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kerajaan jangan tunduk

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan diminta tidak tunduk dengan desakan Majlis Peguam supaya memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) kerana peruntukan undang-undang itu berperanan penting dalam menjaga perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman berkata, Akta Hasutan merupakan benteng utama yang memelihara empat perkara di negara ini iaitu institusi raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam adalah agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Katanya, sekiranya kerajaan akur dengan desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, beliau percaya peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang di negara ini, malah kejadian itu mungkin lebih teruk.

"Saya melihat Akta Hasutan masih relevan untuk diguna pakai kerana senario politik negara ini masih belum stabil selain terdapat banyak pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja membangkitkan isu-isu sensitif.

"Kerajaan tidak perlu mendengar desakan tersebut kerana selepas ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dihapuskan, banyak pihak cuba mengambil kesempatan mencabar kerajaan dan golongan tertentu," katanya yang juga pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, kerajaan perlu memastikan seluruh lapisan masyarakat memahami erti kebebasan bersuara terlebih dahulu sebelum mendengar desakan untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Katanya, ketika ini pemahaman masyarakat mengenai peruntukan undang-undang itu masih terhad termasuk golongan cerdik pandai yang menyuarakan pendapat tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain.

"Perkara ini boleh dilihat menerusi penganjuran perhimpunan oleh Majlis Peguam semalam, sebagai negara demokrasi memang tindakan tersebut tidak salah tetapi adakah suara yang dilaungkan mereka itu langsung tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak?

"Masyarakat perlu dididik dengan pemahaman kebebasan bersuara dengan lebih mendalam sebelum Akta Hasutan dihapuskan dan saya berpendapat peruntukan undang-undang itu lebih bersifat mencegah bukan menghukum," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Kluster, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berpendapat, kerajaan hanya perlu meminda beberapa perkara yang dilihat kurang bersesuaian untuk terus dipraktikkan di negara ini.

Ini kerana katanya, beberapa pihak yang mahu akta tersebut dihapuskan beranggapan kerajaan seolah-olah menggunakan peruntukan undang-undang itu untuk 'menutup mulut' parti-parti pembangkang.

"Ini yang menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati kerana Akta Hasutan itu digunakan sebagai alat politik dan tidak lagi melindungi golongan yang betul-betul mengancam keamanan negara.

"Bagi mereka yang tidak berpuas hati pula, jalan terbaik adalah ke meja rundingan bukan berhimpun beramai-ramai kerana pada pendapat saya, apabila kerajaan dimalukan adalah susah untuk cadangan itu diterima," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.