saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

2 juta penerima BR1M tiada akaun

PONTIAN 17 Okt. - Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 tiada mempunyai akaun bank bagi memudahkan bantuan tersebut disalurkan terus kepada mereka.

Justeru, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta mereka membuka akaun sebelum proses pembayaran bagi fasa pertama sebanyak RM300 pada Januari tahun depan.

"Penghulu, ketua kampung serta pemimpin di peringkat akar umbi diminta membantu masyarakat yang ingin membuka akaun di 5,000 ejen bank Bank Simpanan Nasional (BSN) berdaftar terutamanya masyarakat luar bandar," katanya selepas menjadi tetamu pada program Orang Kita anjuran RTM di Homestay Kampung Puteri Menangis, di sini hari ini.

BRIM 4.0 yang diumumkan semasa Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melibatkan pembayaran sebanyak RM950 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, RM750 bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 dan sementara itu golongan bujang yang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima RM350.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, walaupun sesetengah pihak menganggap pemberian BR1M sudah tidak relevan, bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, bantuan itu amat besar ertinya.

"Bagi golongan ini, banyak perbelanjaan yang boleh ditampung termasuk belanja dapur serta lain-lain sejajar dengan usaha kerajaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.

Beliau juga berharap mereka yang layak tetapi belum membuat permohonan supaya berbuat demikian segera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.