saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu

KUALA LUMPUR 17 Okt.- Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlu dipergiatkan oleh semua pihak termasuk mewujudkan peraturan penggunaannya ke atas syarikat-syarikat berdaftar di negara ini.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Rosna Awang Hashim berkata, usaha tersebut dilihat langkah terbaik bagi memastikan bahasa Melayu terpelihara sebagai bahasa rasmi negara.

"Jika syarikat menggunakan nama dalam bahasa Melayu sebagai identiti, secara tidak langsung ini dapat diperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa tentang keunikan bahasa kita," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai desakan supaya mewujudkan peraturan penggunaan nama syarikat dalam bahasa Melayu sebagai usaha untuk memartabatkan dan memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa kebangsaan tersebut dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, mentaliti masyarakat yang menggagap penggunaan bahasa rojak sebagai lambang status dan tahap kepandaian seseorang perlu diubah.

Sementara itu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, penggunaan nama syarikat dalam bahasa Melayu perlu dirujuk kepada pakar bahasa supaya tidak disalah tafsir.

"Setiap organisasi atau syarikat perlu ada pakar atau sekurang-kurangnya membuat rujukan sebelum meluluskan penggunaan bahasa Melayu dalam apa-apa bentuk," jelasnya.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mustafa Mohd. Ghazali berkata, peraturan tersebut perlu diwujudkan kerana masih terdapat banyak syarikat yang menggunakan bahasa rojak sebagai identiti.

"Bagaimanapun, peraturan itu bergantung mengikut kesesuaian terutama syarikat antarabangsa yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.