saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Kebenaran PDA dibuka semula

PUTRAJAYA 17 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik semula pembekuan permohonan baharu Kebenaran di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Kebenaran PDA) bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kementerian bersetuju tempoh pembekuan Kebenaran PDA ditamatkan lebih awal berbanding tarikh sepatutnya pada 31 Disember ini berikutan berpuas hati dengan hasil langkah pemutihan yang dijalankan.

"Kerajaan sebelum ini mengambil keputusan membekukan sementara permohonan baru bermula 10 Jun lalu bagi membolehkan proses pemutihan terhadap pemegang Kebenaran PDA dijalankan dan menilai kembali sistem serta prosedur permohonan sedia ada.

"Hasil langkah pemutihan ini mendapati aktiviti penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi dapat dikawal dan menunjukkan trend pengurangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hasan berkata, penarikan semula pembekuan itu secara tidak langsung dapat menggalakkan kembali persaingan sihat dalam industri hiliran petroleum negara.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara melalui aktiviti perdagangan petroleum dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

"Keputusan ini membolehkan lesen untuk aktiviti seperti mengusahakan stesen minyak, menjalankan aktiviti bunkering (pengisian minyak kapal), menjalankan aktiviti pengangkutan bahan petroleum serta aktiviti memasar dan mengedar bahan petroleum secara borong diperbaharui," katanya.

Pada masa sama beliau berkata, kementerian turut memperkenalkan syarat permohonan Kebenaran PDA yang baharu.

"Antaranya, tempoh sah laku Kebenaran PDA dipendekkan kepada dua tahun sahaja berbanding lima tahun sebelum ini, dan pemohon hendaklah bebas daripada disenarai hitam oleh agensi kerajaan serta institusi kewangan berdasarkan maklumat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

"Pemohon juga perlu mengemukakan penyataan ikrar integriti dan menandatangani aku janji untuk bebas daripada sebarang kegiatan penyelewengan bahan api dan tidak pernah melakukan kesalahan di bawah mana-mana akta seliaan kementerian," katanya.

Tambahnya, pemohon perlu mengemukakan pengesahan e-filing daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengemukakan penyata kewangan syarikat yang diaudit oleh agensi bertauliah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.