saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Malaysia mampu kendali pesakit Ebola

PUTRAJAYA 17 Okt. - Malaysia mempunyai doktor dan jururawat terlatih yang mencukupi untuk mengendali serta memberi rawatan kepada pesakit Ebola jika wabak membawa maut itu menular dari Afrika Barat ke negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pasukan kesihatan itu telah dilatih untuk mengendalikan kes-kes Ebola termasuk dalam soal penghantaran sampel makmal, pelupusan sisa, serta pengurusan jenazah.

Katanya, wad yang mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan digunakan untuk menempatkan pesakit Ebola dan mereka akan diberi rawatan sokongan di hospital khas.

"Enam latihan simulasi berkaitan penyakit Ebola telah dijalankan di pelbagai peringkat kementerian untuk menghadapi risiko penularannya. Sebanyak 21 hospital rujukan dikenal pasti untuk melakukan semakan dan pemantauan, pesakit yang disahkan positif Ebola, kemudian dihantar ke tiga hospital khas iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Queen Elizabeth di Sabah dan Hospital Umum Sarawak," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kementerian menetapkan supaya petugas perubatan yang mengendalikan pesakit Ebola dilengkapi pakaian pencegahan penyakit termasuk memakai dua lapisan sarung tangan, kasut but yang dibalut, memakai topeng dan pelindung mata serta mengamalkan langkah-langkah pelupusan sisa yang ketat.

Subramaniam berkata, kawalan ketat dijalankan di pintu masuk melalui pengimbas suhu manakala anggota imigresen melakukan semakan ke atas dokumen perjalanan bagi mengenal pasti individu yang pernah berkunjung ke negara wabak.

"Individu yang mempunyai hubungan dengan pesakit Ebola tetapi tidak mempunyai tanda jangkitan akan dipantau selama 21 hari. Mereka yang menunjukkan tanda jangkitan pula akan dihantar terus ke salah satu daripada 21 hospital rujukan," katanya.

Subramaniam berkata, setakat ini sembilan kes disyaki Ebola dirujuk kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Kebangsaan (CPRC), namun kesemuanya disahkan negatif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.