saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

Bekas ahli dakwa pertubuhan silat amal pluralisme agama

KLANG 17 Okt. - Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Selangor dan Jabatan Agama Islam Sela­ngor (JAIS) diminta menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap sebuah persatuan seni silat yang didakwa menjalankan aktiviti serta menyebarkan fahaman pluralisme.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pengikutnya, Zulfahmi Abdullah Tamim yang mendakwa, persatuan tersebut menjadikan silat sebagai alat untuk menutup kegiatan perubatan alternatif mistik yang menerapkan amalan kesamarataan agama.

Beliau yang enggan mendedahkan nama persatuan tersebut berkata, kegiatan yang berpusat di ibu negara itu bergerak aktif sejak 2009 dan majoriti pengikutnya terdiri daripada kalangan bukan Islam.

"Persatuan ini turut menawarkan khidmat rawatan perubatan alternatif mistik berunsur agama bukan Islam selain menyalahgunakan amalan serta tradisi yang biasa dilakukan dalam bidang persilatan.

"Kita khuatir aktiviti sebegini akan menyebabkan imej seni silat warisan Melayu terpalit de­ngan amalan khurafat dan pa­ling membimbangkan kegiatan itu menyebabkan kekeliruan dalam kalangan generasi muda Islam yang a­khirnya boleh memesongkan akidah," katanya di sini hari ini.

Tegas Zulfahmi, aktiviti persatuan itu perlu segera dibendung oleh pihak berwajib kerana perbuatan mereka seolah-olah mempunyai agenda untuk menghapuskan silat sebagai warisan bangsa Melayu yang turut mempunyai nilai-nilai Islam dengan menjadikannya sebagai seni bagi semua kaum.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP), S. Hassan Kuthoos berkata, pihaknya berhasrat mengumpulkan sebanyak mungkin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum kepada Pesaka supaya mengambil tindakan terhadap persatuan terbabit dalam tempoh terdekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.