saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/10/2014

RM2.8 juta untuk SRAR, maahad tahfiz di Perak

IPOH 17 Okt. - Kementerian Pendidikan menyumbangkan RM2.8 juta untuk pembangunan Projek Rancangan Khas (PRK) kepada 52 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) termasuk maahad tahfiz di negeri ini.

Ketua Sektor Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) kementerian itu, Mohammad Zaki Hamid berkata, RM347,532.40 lagi diperuntukkan untuk bantuan aktiviti murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi tahun ini.

"Kita berharap peruntukan ini digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan projek-projek pembaikan serta pembelian alat-alat bantuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian bantuan kewangan PRK kepada sekolah-sekolah berkenaan di Kediaman Menteri Besar, malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Mohd. Idris Ramli turut hadir menyaksikan penyerahan cek tersebut kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Dalam perkembangan berlainan, Mohammad Zaki mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mempersetujui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini dan Tahfiz di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), SMAR dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), bermula tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.