saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 22/08/2012

Sasar jaguh serantau

LAKARAN artis bangunan Tradewinds Centre.

KUALA LUMPUR 21 Ogos - "Tradewinds Corporation Bhd. (TCB) perlu menjadi pemaju hartanah premium yang unggul kerana tidak ramai syarikat Bumiputera dalam industri ini, apatah lagi menjadi peneraju kepada pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru, Shaharul Farez Hassan.

Menurut beliau, TCB berazam untuk bergelar jaguh serantau dalam bidang pembangunan hartanah meskipun selama ini syarikat itu terkenal sebagai pengendali rangkaian hotel dan hospitaliti terkemuka di negara ini.

Katanya, dalam tempoh lima tahun akan datang, TCB mahu memberi fokus penuh kepada pembangunan dua projek utamanya iaitu pembangunan semula Menara Tun Razak 2 di Jalan Raja Laut serta bangunan ikonik, Tradewinds Centre di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

"Kami memang bersedia untuk lebih agresif dalam sektor ini dan sentiasa mencari peluang untuk mengambil alih bangunan-bangunan lama di sekitar Lembah Klang kerana kami mahu dikenali sebagai pemaju hartanah urban bernilai tinggi.

"Namun dalam tempoh lima tahun ini, biar TCB beri tumpuan penuh kepada projek Menara Tun Razak 2 dan Tradewinds Centre. Kedua-dua projek ini amat penting kepada kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tradewinds Centre yang didirikan di atas tapak Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur dan Kompleks Antarabangsa di Jalan Sultan Ismail diilhamkan dari struktur bangunan Rockefeller Centre, New York dan Roppongi Hills di Tokyo.

Menurut Shahrul Farez, keputusan untuk membangunkan semula Hotel Crowne Plaza Mutiara dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos menyenggara yang semakin tinggi, selain persaingan hebat dengan hotel-hotel baru.

"Ia jauh menjimatkan dan menguntungkan sekiranya kami membangunkan satu bangunan baru daripada mengeluarkan perbelanjaan untuk mengubah suai dan menaik taraf bangunan lama (hotel dan Kompleks Antarabangsa) kerana perubahan itu tidak kekal lama, mungkin dalam tempoh 10 tahun, kami terpaksa menaik taraf lagi," ujarnya lagi.

Menurut Shaharul Farez, Tradewinds Centre tidak akan dijual sebaliknya bakal menjadi aset berharga buat syarikat tersebut.

"Kami hanya akan menjual blok pangsapuri sementara blok-blok yang lain akan dijadikan aset berharga TBC untuk pelaburan pada masa depan," katanya lagi.

Tradewinds Centre akan mula dibangunkan pada tahun depan yang dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun itu bakal menawarkan ruang pejabat dengan saiz lingkungan 1,858 meter persegi hingga 2,322 meter persegi.

Ia merupakan pembangunan hartanah pelbagai guna yang mendapat sentuhan firma arkitek tersohor dunia, Kohn Pedersen Fox Associates.

Projek tersebut terdiri daripada lima komponen iaitu menara 65 tingkat yang menempatkan ruang pejabat Gred A+, pangsapuri servis setinggi 54 tingkat, ruang pejabat setinggi 14 tingkat, 24 tingkat ruang pejabat korporat serta ruang Plaza Perdana dengan podium niaga di tengah-tengah empat menara tersebut.

Plaza Perdana yang didirikan di atas tanah seluas 0.4 hektar itu akan dijadikan medium untuk kegiatan liburan, podium dan ruang niaga yang mencecah ketinggian empat tingkat turut menyediakan laluan hubungan orang ramai dari sekitar Jalan Perak ke Jalan Raja Chulan merentasi Jalan Sultan Ismail di kawasan Bukit Bintang.

Tambah Shaharul Farez, bagi meningkatkan lagi nilai bangunan-bangunan yang dibangunkan semula oleh TCB akan menampilkan ciri-ciri bangunan hijau dan menggunakan piawaian bertaraf antarabangsa yang diiktiraf Majlis Bangunan Mesra Alam Amerika Syarikat.

Dengan anggaran kos pembinaan RM2.5 bilion dan nilai pembangunan kasar (GDV) RM6 bilion, projek itu akan dibiayai menerusi pinjaman bank dan ekuiti hutang dengan nisbah 70:30.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.