saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/09/2012

Jakim bakal bangunkan MyHalalTrace untuk sahkan produk halal

Jamil Khir Baharom (tiga dari kiri) beramah mesra dengan salah seorang peserta Konvensyen Badan Persijilan Halal di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 14 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal membangunkan sistem MyHalalTrace yang berfungsi sebagai pengesah maklumat produk halal melalui kod QR (barkod) yang dihasilkan dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sistem itu mampu menjadi pengantara mudah bagi pengguna, kerajaan dan pengeluar produk halal untuk mengesahkan produk serta premis halal.

“Sistem tersebut membolehkan pengguna memantau produk halal sepanjang masa kerana ia menyediakan laporan pengesahan status pengesahan halal.

“Laporan ini juga memudahkan agensi pensijilan halal iaitu Jakim dan jabatan agama Islam negeri melaksanakan penguatkuasaan, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Badan Pensijilan Halal kali keempat di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Bahagian Hub Halalnya, Hakimah Mohd Yusoff.

Konvensyen selama dua hari yang disertai peserta dari dalam dan luar negara itu membincangkan isu berkaitan pengurusan sijil halal.

Menurut Jamil Khir, buat masa ini, Jakim sedang bekerjasama dengan Hub Halal Labuan membangunkan sistem berkenaan bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Perbadanan Labuan menyediakan perkhidmatan kod QR ini secara percuma dan ia mudah dilaksanakan serta tidak terhad kepada status syarikat dan jumlah produk premis," katanya.

Sementara itu, Hakimah berkata, aplikasi sistem MyHalalTrace untuk premis makanan telah dilaksanakan sejak Jun lalu di seluruh negara.

“Buat permulaan kita bermula dengan premis makanan dahulu dengan meletakkan kod QR pada poster sijil halal yang diberikan.

“Kita mempunyai hasrat untuk memperluaskan sistem ini kepada produk tetapi buat masa ini kita perlu melihat maklum balas daripada pihak industri terlebih dahulu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.