saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 19/11/2012

Syarikat perlu sentiasa bantu golongan tidak bernasib baik - Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Syarikat swasta serta entiti perniagaan yang telah menempa kejayaan diseru tidak melupakan nasib golongan kurang bernasib baik di negara ini untuk memberikan sumbangan berpatutan kepada mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, di samping mengejar kekayaan pihak swasta juga mempunyai tanggungjawab sosial dalam bersama-sama memajukan rakyat dan negara.

"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan semuanya berebut-rebut mendapatkan kejayaan.

"Tetapi, gunakanlah duit anda secara bijaksana untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Royalti New Image Malaysia Ke-60 di sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri beliau merangkap Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP), Tun Jeanne Abdullah; Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin; Pengerusi Eksekutif New Image International, Graeme Clegg dan Naib Presiden New Image Asia Pasifik, N. H. Chua.

Majlis itu turut menyaksikan sumbangan RM100,000 kepada SMP iaitu RM45,000 daripada New Image Sdn. Bhd. dan RM55,000 daripada anak syarikatnya, The New Professionals Sdn. Bhd. bagi tujuan kebajikan.

Dalam pada itu, Jeanne berkata, sumbangan daripada New Image tersebut membuktikan rakyat negara ini sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik.

"Masih ramai golongan yang memerlukan bantuan di negara ini kerana Malaysia berkembang maju dengan terlalu pantas, jadi terdapat pihak yang tercicir," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.