saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/05/2013

Saham hartanah, pembinaan ketuai pasaran saham pasca pilihan raya

SALAH sebuah rumah yang dimajukan pemaju hartanah, Glomac Bhd. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 12 Mei - Saham-saham mewah hartanah dan pembinaan seperti Sunway Bhd., UOA Development Bhd., Mahsing Group Bhd, Glomac Bhd., Gamuda Bhd., IJM Corp. Bhd., WCT Bhd. dan Kimlun Corp. Bhd., dijangka mengetuai aliran harga meningkat Bursa Malaysia pasca pilihan raya umum, kata penganalisis.

Naib Presiden/Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, berdasarkan sentimen positif pasca pilihan raya serta peningkatan hartanah dan pembinaan, sektor ini berada pada kedudukan yang baik bagi meneruskan dasar Program Transformasi Ekonomi sebelum ini.

"Petunjuk asas tempatan, FBMKLCI, dijangka mencecah paras 1800 (diketuai sektor hartanah dan pembinaan) apabila tumpuan beralih kepada penyambungan dasar-dasar pertumbuhan proekonomi susulan kemenangan kerajaan sedia ada pada 5 Mei," katanya kepada Bernama.

Nazri berkata, saham-saham sektor pembinaan dan hartanah tempatan mencatatkan prestasi pasaran paling kukuh pasca pilihan raya.

"Ini kebiasaannya merupakan petunjuk baik untuk pasaran saham. Kami yakin saham-saham hartanah dan pembinaan sekurang-kurangnya mempunyai dua faktor positif untuk mengekalkan aliran meningkat pasaran secara menyeluruh - peningkatan carta peringkat awal dan harga asas yang rendah secara relatifnya bagi yang lain dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata, indeks pembinaan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan, manakala indeks hartanah merekodkan peningkatan besar sejak 2000 (paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun).

Nazri berkata, peningkatan hartanah yang sensitif kepada prestasi ekonomi, selain saham-saham pembinaan merupakan elemen penting dalam pasaran saham yang sihat.

Beliau berkata, selepas ketinggalan sejak tiga tahun lepas, sektor hartanah dan pembinaan meningkat dengan pesat berbanding sektor-sektor lain sejak awal 2013.

"Hakikat bahawa peningkatan besar sektor hartanah dan pembinaan secara relatifnya sejak kebelakangan ini menjadikannya pilihan penggiliran terbaik pasca pilihan raya," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.