saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 06/06/2013

58 IBO berpotensi jana RM1.9b

Mark Rozario (kiri) dan Naib Presiden Eksekutif Inisiatif Strategilk dan Pembiayaan AIM, Naser Jaafar (kanan) melihat laporan Peluang Perniagaan Inovasi di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 5 Jun - Agensi Inovasi Malaysia (AIM) hari ini melancarkan 58 Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) yang mempunyai potensi menjana pendapatan tahun ketiga berjumlah RM 1.9 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Rozario berkata, dengan pelancaran IBO itu, beliau berharap separuh daripada 58 IBO dibida dan 20 peratus daripadanya dapat dikomersialkan.

"Setakat ini 14 IBO telah dikomersialkan dan dijangka menjana pendapatan sebanyak RM325 juta selama tiga tahun daripada 119 IBO ditawarkan.

"Ini adalah fasa keempat inisiatif program itu sejak ia dilancarkan pada April 2012," katanya semasa sidang akhbar disini hari ini.

Sebanyak 142 IBO telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dan peluang perniagaan itu adalah tambahan kepada fasa sebelumnya.

IBO ditawarkan melalui bidaan secara terbuka dan kompetitif.

Pelabur boleh membida IBO dengan melayari laman sesawang www.innovation.my yang berlangsung selama dua minggu, bermula hari ini.

Rozario berkata, terdapat pelbagai inovasi terkini di dalam IBO pada kali ini yang merangkumi bidang pertanian dan bioteknologi, bio-perubatan, pendidikan, teknologi hijau, sektor halal, komunikasi dan kesihatan.

"IBO yang menarik adalah seperti GridMarkets, iaitu satu pasaran swasta bagi mana-mana organisasi yang ingin menjual kapasiti lebihan komputer mereka kepada organisasi lain terutama sektor yang menggunakan kapasiti memproses data yang banyak.

"Antara lain ialah Ductacrete, sejenis simen konkrit 'berubah bentuk' yang dihasilkan oleh Universiti Teknologi Petronas yang mana simen ini dicampur sekam padi bermutu tinggi untuk meningkatkan daya suatu bahan untuk mengubah bentuk di bawah tekanan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.