saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 11/06/2013

Wujudkan persaingan sihat

KUALA LUMPUR 10 Jun - Langkah kerajaan menurunkan harga bagi 10 model kereta terpilih, dilihat bakal mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pengeluar kenderaan untuk turut menurunkan harga kereta mereka .

Menurut penganalisis CIMB Investment, Lucius Chong, langkah penurunan harga beberapa model kereta itu dilihat seiring dengan kehendak rakyat negara ini.

"Penurunan tersebut baik bagi mewujudkan persaingan harga di kalangan pengeluar kereta untuk jangka panjang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun Chong berkata, usaha menurunkan harga kereta mungkin memberi sedikit kesan positif kepada jualan kereta import, tetapi tidak bagi Proton dan Perodua.

"Proton dan Perodua berisiko untuk kehilangan status kereta mampu milik. Mereka perlu meningkatkan kualiti bagi menyamai kualiti kereta import yang bakal mengalami penurunan harga," katanya lagi.

Ujar beliau, trend kebanyakan jenama yang kini mempunyai kilang pengeluarannya di sekitar Asia Tenggara membolehkan pengeluar-pengeluar kereta mempunyai kos yang lebih rendah, sekali gus membantu usaha penurunan harga kereta.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menunjukkan kerajaan telah memulakan usaha penurunan harga kereta membabitkan 10 jenis model yang mengalami penurunan harga kereta sehingga 11 peratus.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini adalah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1 peratus), Viva (5.4 peratus), Myvi (empat peratus), Persona (3.8 peratus), Alza (3.4 peratus), Preve (tiga peratus), Honda Jazz Hibrid (2.5 peratus), Saga (1.1 peratus) dan Exora (0.7 peratus).

Katanya, walaupun terdapat penurunan sehingga 11 peratus tetapi ia dijangka tidak memberi kesan besar kepada bakal pembeli untuk membuat keputusan pembelian.

Sementara itu, Penganalisis Automotif di BIMB Securities Research, Law Mei Chi berkata, penurunan itu mungkin memberi kesan positif kepada jualan model-model yang terlibat sahaja.

"Impaknya kepada jualan keseluruhan industri sukar diukur, tetapi memandangkan kebanyakan kereta terbabit merupakan daripada dua jenama yang menguasai pasaran tempatan (Perodua dan Proton). Pertumbuhan kadar jualan pada tahun ini mungkin agak baik," katanya.

Proton dan Perodua secara konsisten menguasai kira-kira 50 peratus kadar jualan kereta setiap bulan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, langkah penurunan harga secara berperingkat akan memastikan tiada pihak terlibat dalam industri automotif akan tertindas.

"Sekiranya harga kereta diturun secara drastik boleh menyebabkan kesan negatif seperti harga jualan kembali (resale) yang teruk dan akan menjejaskan pemungutan cukai kerajaan secara tiba-tiba.

"Penurunan harga juga disebabkan pengedar kereta sentiasa memberi insentif setiap tahun dan daya saing yang dilihat oleh pengeluar bersama vendor bagi mengurangkan harga," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.