saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 27/06/2013

Hubungan Ecuador-Malaysia

Ricardo Patino

KUALA LUMPUR 26 Jun - Ecuador mahu meningkatkan hubungan perdagangan, kebudayaan dan pelancongan dengan Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Luar dan Mobiliti Insan, Ricardo Patino.

"Hubungan antara kedua-dua negara amat mesra, dan amat penting kerana kita amat jauh dari segi geografi.

"Sejak 1994, Ecuador telah berada di Malaysia dan ia telah membolehkan kita mempunyai hubungan yang lebih mesra. Bagaimanapun, kita juga mahu menambah kandungan kepada hubungan ini dan itu sebabnya kami berada di sini untuk mempromosikan hubungan ini," kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.

Patino kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, mulai 25 hingga 27 Jun.

Ecuador, negara dengan 14 juta penduduk, kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, dan merupakan pengeksport terbesar dunia untuk pisang, dengan pengeluaran tahunan sebanyak enam juta tan metrik.

Menteri itu berkata, yang terdapat kemungkinan perdagangan Ecuador-Malaysia akan meningkat, yang pada masa ini bernilai kira-kira AS$15 juta (RM48.6 juta) setahun.

"Kita mempunyai banyak lagi produk yang kita boleh tawarkan. Ecuador menghasilkan pisang berkualiti terbaik, tepung, koko dan makanan laut secara umumnya...jadi, banyak yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Malaysia juga merupakan peneraju dunia dalam penghasilan produk elektronik," katanya lagi.

Eksport Ecuador ke Malaysia, terutamanya ialah produk koko dan import dari negara ini ialah peralatan semi-konduktor dan peranti elektrik tetapi menteri itu sedia maklum yang perdagangan antara kedua-dua negara masih lagi di paras amat rendah.

"Itu sebabnya kami mahu meningkatkannya," kata Patino sambil menambah di Asia, Ecuador mempunyai hubungan yang penting dengan China, Korea dan Jepun.

Beliau berkata yang syarikat-syarikat Malaysia turut dialu-alukan untuk melabur di Ecuador memandangkan negara itu menawarkan potensi dan peluang meluas untuk para pelabur.

Dalam pada itu, Patino berkata, terdapat sedikit sahaja perjalanan antara kedua-dua negara ekoran jaraknya yang jauh.

"Terdapat beberapa usaha oleh Kedutaan Ecuador (di Malaysia). Mereka telah mempelawa beberapa agensi pengembaraan untuk ke Ecuador dan melihat kecantikan yang kami ingin tawarkan.

"Kita mempunyai banyak rantau, gunung yang diselaputi salji, hutan, Kepulauan Galapagos dan banyak tarikan lain yang menjadikan lawatan ke Ecuador, satu pengalaman menakjubkan untuk rakyat Malaysia.

Patino berkata, negara itu juga mahu Malaysia menimbangkan agar mengadakan perwakilan diplomatik di Ecuador. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.