saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 08/07/2013

UDA Holdings bina masjid Bandar Tun Hussein Onn

KUALA LUMPUR 8 Julai - UDA Holdings Bhd. telah menyerahkan Masjid Bandar Tun Hussein Onn bernilai RM6.1 juta kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dapat menampung 1,700 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid yang didirikan di atas tapak berkeluasan 1.504 hektar itu mula dibina pada 16 Feb, 2011 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Jan, 2013.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Ahmad Abu Bakar berkata, pembinaan masjid itu merupakan salah satu program tanggung jawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk beragama Islam di Bandar Tun Hussein Onn.

Katanya, ia juga merupakan satu nilai tambah kemudahan awam dan secara keseluruhannya kepada pembangunan bandar itu bagi memenuhi pertambahan penduduk yang dianggarkan berjumlah 20,000 hingga 35,000 orang, di mana 80 peratus daripadanya adalah beragama Islam.

UDA berkata, ini juga merupakan inisiatif UDA Holdings dalam menyalurkan khidmat dan tanggung jawab sosial di samping menjalankan aktiviti utamanya iaitu pembangunan hartanah.

Pembinaan masjid itu membabitkan keluasan lantai 17,700 kaki persegi serta 128 ruang petak letak kereta dan 50 unit petak ruang motosikal.

Di samping itu, antara kemudahan lain dalam masjid itu juga ialah seperti bilik mesyuarat, pejabat pengurusan bilik mandi jenazah, bilik imam dan bilal serta bilik air lelaki dan wanita.

JAIS telah pun memberikan kebenaran untuk para Jemaah mengadakan solat fardu Jumaat buat pertama kali di masjid ini pada 19 April, 2013.

UDA juga berkata umat Islam di Bandar Tun Hussein Onn tidak perlu lagi pergi jauh untuk menjalankan ibadah solat fardu Jumaat.

Ahmad telah menyerahkan masjid itu kepada kepada Pengarah JAIS Datuk Marzuki Hussin pada satu majlis baru-baru ini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.