saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 24/08/2013

ASEAN perlu perhebat usaha

SINGAPURA 23 Ogos - Negara anggota ASEAN harus memperhebatkan usaha untuk memastikan komitmen Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) adalah mengikut jadual, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura & Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam.

Dalam ucapannya pada Forum Jaringan ASEAN (NAF) di sini hari ini, Tharman menggariskan empat keutamaan teras, setiap satunya menawarkan prospek sebenar untuk peningkatan dalam pertumbuhan wilayah itu.

"Pertama, kita harus terus terbuka, dan mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan pelaburan swasta," katanya.

Keutamaan kedua, katanya, adalah untuk melabur dalam meningkatkan pengeluaran.

"Ini adalah peluang sebenar dalam Asean. Tahap pengeluaran dalam ekonomi ASEAN (tidak termasuk Singapura) adalah daripada lima peratus hingga 35 peratus daripada paras di Amerika Syarikat," katanya.

Tharman berkata, keutamaan ketiga bagi ASEAN adalah untuk memastikan ia mengambil peluang daripada ekonomi China yang meningkat.

Beliau berkata, gaji di China juga semakin meningkat, dan akan mengubah rantaian bekalan pengilangan ASEAN.

"Beberapa ekonomi ASEAN dengan kos buruh yang rendah akan mendapat manfaat dengan mengambil alih beberapa segmen rantaian bekalan ini," katanya.

Yang keempat pula katanya, adalah untuk mempercepatkan integrasi serantau dalam ASEAN.

Forum itu dianjurkan oleh Majlis Perniagaan ASEAN dan Institut ASEAN CIMB. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.