saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/11/2013

Inovasi komponen penting dalam dasar ekonomi - PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) - Kerajaan komited dalam meletakkan inovasi sebagai satu komponen penting dalam dasar ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apabila kita bercakap tentang ekonomi inovasi sentrik, kita merujuk kepada ekosistem yang menyokong, bertenaga dan inklusif.

"Ia merupakan satu persekitaran yang memberi kuasa kepada orang ramai untuk menolak sekatan kepada keupayaan dan kejayaan mereka serta mempengaruhi pembangunan sosio ekonomi masyarakat mereka," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan aluannya melalui video pada Forum Inovasi Dunia-Kuala Lumpur 2013 (WIF-KL2013) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memuji kemajuan teknologi dan inovasi masa kini, yang membolehkan beliau menyampaikan ucapannya kepada 2,000 peserta dari 40 negara pada forum WIF-KL 2013 itu.

Oleh itu, Najib menegaskan bahawa semua pihak mesti melakukan usaha bersepadu untuk menggalakkan dan memupuk pemikiran inovatif.

Perdana menteri berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), melalui agensinya seperti Yayasan Inovasi Malaysia, telah memulakan program mencari produk inovatif dan perkhidmatan di peringkat akar umbi.

Najib berkata inovasi adalah satu fenomena global, dengan pemimpin-pemimpin inovasi ditemui di seluruh dunia.

Beliau berkata Laporan Indeks Inovasi Global 2013 meliputi 144 ekonomi, dengan Malaysia berada pada ranking ke-32.

"Sudah pasti, terdapat juga hubungan yang semakin meningkat dan keperluan untuk perspektif global dalam memahami proses dan premis inovasi.

"Inovasi adalah satu usaha pelbagai pihak berkepentingan yang melibatkan kerajaan dan sektor swasta dalam mengukuhkan usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta sumber manusia, dan memanfaatkan teknologi," katanya.

Najib berkata platform seperti WIF-KL 2013 adalah penting kerana ia menyediakan ruang di peringkat antarabangsa, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan wakil-wakil industri, menangani cabaran inovasi secara lebih menyeluruh.

"Malaysia pastinya tempat yang ideal untuk perjumpaan seumpama itu.

"Saya amat bangga dan gembira apabila mengetahui Malaysia menjadi tuan rumah kepada ramai pembuat dasar terkemuka, pakar strategi dan pemikir inovatif dari seluruh dunia pada persidangan ini," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.