saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 07/01/2014

Vietnam rampas kedudukan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kedudukan Malaysia sebagai pengeluar getah ketiga terbesar di dunia bakal diambil oleh Vietnam berdasarkan statistik pengeluaran komoditi itu pada tahun lalu.

Menurut akhbar Vietnam yang memetik sumber daripada Rubber Economist Ltd., pengeluaran oleh negara itu pada 2013 berjumlah 980,000 tan metrik, dan dijangka meningkat kepada 995,000 tan metrik pada tahun ini.

Jangkaan itu sekali gus membolehkan negara tersebut mengatasi Malaysia yang setakat Januari hingga Oktober lalu, hanya mengeluarkan sebanyak 681,000 tan metrik getah.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, pengeluaran getah Malaysia setiap bulan dalam tempoh 10 bulan itu hanya sekitar 70,000 tan metrik.

Thailand dan Indonesia merupakan dua pengeluar getah utama dunia dengan kuantiti masing-masing sebanyak 3.74 juta tan metrik dan 3.16 juta tan metrik.

Malaysia merupakan pengeluar getah terbesar di dunia sehingga 1990 dengan jumlah sekitar 1.5 juta tan metrik setahun. Bagaimanapun, kedudukan itu diambil alih oleh Thailand dan Indonesia selepas 1990, seiring dengan ekonomi Malaysia yang mula memberi fokus kepada sektor perindustrian.

Sehingga 2013, Malaysia memperuntukkan kawasan seluas sejuta hektar untuk penanaman getah.

Dalam pada itu, menurut penganalisis, industri getah menyaksikan lebihan pengeluaran daripada 336,000 tan metrik kepada 366,000 tan metrik sehingga tahun lalu.

Keadaan bertambah buruk apabila stok simpanan getah di China ketika ini berada pada paras tertinggi sejak 2004, akibat prestasi ekonomi negara itu yang agak lembap sejak akhir-akhir ini, menurut laporan Bloomberg.

"Keadaan ini merisaukan negara pengeluar memandangkan China selaku pengimport terbesar dunia dilihat tidak mampu meningkatkan lagi permintaannya," menurut penganalisis Fujitomi Co., Kazuhiko Saito.

Maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik menunjukkan China menguasai 43 peratus eksport getah asli Malaysia pada separuh pertama 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.