saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 22/01/2014

655,793 unit kereta dikeluarkan tahun lalu

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencatatkan angka paling tinggi dengan sebanyak 655,793 unit dikeluarkan pada 2013, meningkat 4.5 peratus berbanding 627,753 unit pada 2012.

Angka tertinggi baharu itu mengatasi unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 640,000 unit.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, ini merupakan tahun keempat berturut-turut industri automotif tempatan melepasi paras 600,000 sejak 2010 sebanyak 605,156 unit.

"Prestasi tertinggi pada tahun lalu itu disumbangkan oleh kempen jualan agresif oleh syarikat-syarikat kereta selain tawaran yang inovatif dan menarik serta skim untuk pembeli kereta baharu.

"Sentimen pengguna pada 2013 juga positif berikutan pasaran pekerjaan yang stabil serta jualan kenderaan yang kembali ke paras biasa pada suku ketiga, menyebabkan TIV pada suku berkenaan meningkat sebanyak 12 peratus berbanding pada suku tahun sebelumnya," katanya pada taklimat media di sini.

Aishah bagaimanapun menjangkakan pertumbuhan TIV yang lebih perlahan, pada 2.0 peratus tahun ini, kepada 670,000 unit berikutan kos sara hidup yang meningkat yang menyebabkan pengguna mengecilkan aset mereka.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.