saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 03/03/2014

Belia kurang pengetahuan kewangan

SERDANG 2 Mac - Golongan muda bawah 40 tahun di Malaysia didapati bukan sahaja mempunyai tahap pengurusan kewangan yang lemah tetapi kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan terutama dalam aspek berkaitan dengan kredit dan hutang, pengurusan risiko, pelaburan serta perbankan Islam.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) ke atas 480 responden (berumur 40 tahun ke bawah) pada tahun lalu mendapati, golongan itu mudah keliru apabila menyentuh tentang aspek-aspek kewangan dan tabungan masa depan.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Dr. Mohamad Fazli Sabri (gambar) berkata, daripada hasil kajian yang dijalankan itu, 52.8 peratus menyatakan pendapatan mereka hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas sahaja manakala untuk simpanan pula, hanya 53.1 peratus mampu menabung kurang daripada 10 peratus pendapatan.

"Generasi muda hari ini masih lagi keliru apabila berkait dengan kewangan mereka terutama dalam simpanan hari tua, pelaburan pintar, hutang dan kad kredit. Bahkan, mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah mengenai kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko.

"Kesannya, mereka tidak mampu mencapai kesenangan dan kekayaan kerana sering berhadapan dengan bebanan kewangan disebabkan tidak berupaya dalam menguruskan bajet dan merancang kewangan dengan baik," ujar beliau kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tahun lalu, laporan menunjukkan 68,299 individu berumur di bawah 45 tahun diiisytiharkan bankrap dalam tempoh 2005 hingga 2012.

Kebimbangan itu bukan kerana jumlahnya melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan 129,640 individu yang dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tempoh itu, tetapi secara tidak langsung menzahirkan budaya pengurusan kewangan yang masih lemah dalam kalangan belia di negara ini.

Mohamad Fazli berkata, masalah beban kewangan ini turut dapat dilihat di beberapa buah negara maju, misalnya Jerman pada 2011 mempunyai kepadatan penduduk seramai 6.4 juta dan hampir 243,000 ribu pekerja muda berada dalam keadaan hutang yang tinggi.

Hal yang sama, katanya, turut berlaku di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) di mana peningkatan hutang pekerja muda bertambah hampir 100 peratus di UK dan 52 peratus di AS pada tahun 2004.

Bahkan, beliau juga bimbang terhadap situasi rakyat Malaysia yang memilih sumber kewangan tidak sah dan berdaftar seperti ceti haram atau ah long sebagai jalan menyelesaikan beban kewangan.

"Kita bimbang sekiranya perkara ini berterusan, rakyat Malaysia akan tersentak setiap kali berlakunya kenaikan harga barang terutama sekali apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan tahun depan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengurusan kewangan tidak mempunyai tempoh ‘deadline’ tertentu sebaliknya perlu bermula pada bila-bila masa tanpa menunggu pelaksanaan GST mahupun tidak.

"Namun, adalah lebih baik bermula dari sekarang dengan melibatkan keluarga (ibu bapa dan anak-anak) dalam merancang kewangan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.