saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 29/04/2014

Bursa Malaysia mahu banyakkan pelabur runcit

KUALA LUMPUR 28 April - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) menyasar menarik lebih banyak pelabur runcit tempatan dengan pelancaran Bursa Marketplace (BURSAMKTPLC), pasaran saham dalam maya baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Atan berkata, pada Mac lalu, 22.46 peratus daripada perdagangan dalam pasaran saham adalah pelabur runcit tempatan, berbanding purata bulanan tahun lalu pada 22 peratus.

Katanya, pelabur runcit dan pedagang akan mendapat manfaat kerana semua individu mempunyai akses untuk berhubung kepada data pasaran besar dan instrumen analisis seperti peralatan kuantitatif AlphaFactor daripada S&P Capital IQ yang sebelum ini hanya digunakan untuk pakar dan institusi pelaburan.

"Buat pertama kalinya, Bursa Malaysia akan menghimpunkan semua pemain pasaran termasuk broker dan penganalisis di bawah satu bumbung di mana mereka akan berkongsi maklumat bagi meningkatkan minat rakyat Malaysia untuk melabur dan berdagang.

"Melalui portal ini, kami menyediakan 'pasaran di poket' dengan menawarkan akses dalam talian bagi maklumat komprehensif, objektif dan tepat mengenai pasaran negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran BURSAMKTPLC di sini hari ini.

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

BURSAMKTPLC adalah pasaran dalam maya yang memberikan kemudahan kepada pelabur dan pedagang untuk mendapatkan ulasan komprehensif berserta maklumat dan pandangan mengenai pasaran Malaysia.

Portal terbabit menawarkan pengalaman unik kepada pengguna dan menarik pelabur terutama pelabur baharu, mengakses maklumat pasaran, pandangan pasaran, berkongsi idea dan meningkatkan pengetahuan kewangan masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.