saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 09/06/2014

Orang Islam wajib kaya, memiliki kenderaan hebat?

Orang Islam seharusnya memiliki cita-cita untuk mempunyai kenderaan yang baik. Selalunya barang yang baik dan berkualiti sudah tentu mahal. Kenderaan juga boleh diibaratkan seperti senjata, dengan senjata ini juga menjadikan kita bangsa yang kuat dan digeruni.

Sebenarnya antara kekuatan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dahulu adalah kuda-kuda yang hebat dan gagah perkasa yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.

Melihat kegagahan kuda-kuda itu sahaja sudah mampu melemahkan pihak musuh. Hanya baru melihat sudah ada yang melarikan diri. Rasulullah SAW mempunyai enam ekor kuda yang mashyur pada zaman itu. Kuda-kuda baginda boleh diibaratkan seperti: Al-Sakaf-Lamborghini, Al-Lizaz-Ferrari, Al-Zarab-Burgati, Al-Sabaha-Bentley, Al-Murtajis-Masrati dan Al-Sanjah-Hummer.

Apabila berjumpa dengan orang Islam yang mempunyai dan menaiki kenderaan begini maka hendaklah kita bersyukur bukan menuding jari dengan mengatakan pemiliknya mengejar keduniaan, materialistik, cemburu, iri hati dan sebagainya.

Ya, memang benar kenderaan terakhir kita merupakan kereta jenazah tetapi kita telah berjaya mengiringi pahala jihad memandu kenderaan dengan membaca doa dan mengingati sunnah Rasulullah, dengan niat ingin menunjukkan bahawa Allah pemberi rezeki dan Islam juga bangsa yang hebat, Islam juga mampu. Dalam kita memiliki kenderaan yang baik dan mahal ini wajib kita zuhud di dalam hati, merendah diri serendah mutiara di dasar lautan, jangan sombong dengan rezeki yang dikurniakan.

Walaupun kita hanya memandu kereta Kancil tetapi dijiwa masih ada sikap sombong dan riak maka dosa juga akan dicatit. Berusahalah wahai sahabat, berjuanglah untuk menjadi orang kaya yang beriman dan bertaqwa,

Berjihad demi ekonomi Islam, mencari harta sebanyak mungkin untuk ditinggal, diwariskan dan diinfakkan ke jalan Allah. Seperti yang telah dinyatakan dalam surah At-Taubah ayat 41 dan 60, Ali-Imran ayat 133-134. Insya-Allah, semoga kita semua memahami makna Islam yang sebenar.

Islam bukan agama yang lemah, jangan biarkan agama kita dihina lagi. Bangkitlah, demi Islam yang dijulang panji kebenaran.

DATUK SERI DR. RUSLI ZAMAN merupakan Pengerusi Eksekutif Dubaiz Group of Companies

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.