saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 24/06/2014

Pemaju sukar jual kuota bumiputera

IDRIS Haron (dua dari kiri), Ismail Othman(dua dari kanan) dan Anthony Adam Cho (kiri) melawat pameran pada majlis penutupan MAPEX 2014 di Melaka, kelmarin. - UTUSAN/azli ahad

MELAKA 23 Jun - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Melaka mendakwa para pemaju berdepan dengan kesukaran untuk menjual rumah kuota bumiputera disebabkan dasar pinjaman perumahan yang ketat dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengakibatkan berlakunya lebihan di negeri itu.

Pengerusi Rehda Melaka, Datuk Anthony Adam Cho Tian Han berkata, dasar BNM itu secara tidak langsung mengehadkan pembeli bumiputera dalam kumpulan berpendapatan pertengahan antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan daripada memiliki rumah yang dikhaskan kepada bumiputera berharga RM250,000 ke atas.

Dalam konteks ini, beliau menyeru BNM agar mengkaji semula dasar pinjaman perumahan tersebut bagi memastikan para pemaju dapat menjual kuota kediaman bumiputera.

"Rehda telah cuba untuk berbincang dengan Bank Negara mengenai isu ini tetapi dengan pengenalan dasar baharu yang lebih ketat untuk pinjaman perumahan, isu ini sukar diselesaikan.

"Tambahan pula, Bank Negara mahu mengekang tekanan inflasi, walaupun dasar baharu itu telah memberi impak ke atas sektor hartanah, katanya kepada pemberita sempena Majlis Penutup Pameran Hartanah Malaysia (Mapex) 2014 di sini semalam.

Hadir merasmikan penutupan itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) negeri, Datuk Anthony Adam Cho.

Tian Han berkata, sebanyak 2,820 rumah kuota bumiputera bernilai hampir RM1 bilion tidak terjual di Melaka sehingga 31 Mac lalu.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 1,101 rumah bernilai lebih RM323 juta telah menerima Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan sebanyak 1,719 buah lagi belum, katanya.

Sementara itu, Pengerusi penganjur Mapex 2014, Datuk Ngoh King Hua berkata, pembeli rumah pertama disaran untuk membuat pembelian rumah masing-masing sebelum 31 Disember ini untuk menikmati insentif pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus sejak 1 Januari 2013

"Ia diberikan bagi pembelian rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000 oleh rakyat di negara ini dan layak dituntut sekali sahaja. Pemberian pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ini adalah dalam bajet tahun 2013," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.