saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 08/09/2014

GREAT 2014 platform bina usahawan

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat (GREAT 2014) dijangka membantu mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dan mendorong usahawan negara ini ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang sama memberi sumbangan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cheryl Yeoh berkata, program empat hari tersebut akan mengumpulkan pakar dan penggerak industri dari pelbagai sektor termasuk makanan, pertanian, teknologi, gaya hidup, seni kreatif dan usahawan wanita.

Katanya, GREAT 2014 akan menyediakan platform kepada bakal usahawan untuk berinteraksi dengan usahawan berjaya, berjumpa potensi pelabur dan pemberi dana serta bakat-bakat yang mempunyai pemikiran yang sama.

"Objektif GREAT 2014 adalah untuk mendidik, menggalakkan, memberi sokongan, membangun dan meraikan usahawan. Dalam pada itu, ia juga bagi menekankan komitmen dalam membangunkan usahawan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan mentransformasikan negara kepada pengeksport perkhidmatan berbentuk teknologi.

"Program ini akan menyediakan platform kepada usahawan untuk memulakan rangkaian dengan pihak yang mempunyai pemikiran yang sama, mendapatkan pengetahuan dan pandangan serta dana untuk idea inovatif mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Acara yang bermula dari 17 September hingga 20 September di MaGIC, Cyberjaya tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kewangan dan Unit Strategi Nasional serta pihak swasta bagi mendidik dan membangunkan usahawan muda ke peringkat lebih tinggi tersebut akan menghimpunkan lebih 5,000 usahawan muda.

Menurut Cheryl, GREAT 2014 akan menampilkan agensi Kerajaan dan usahawan-usahawan berjaya yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu berharga melalui pelbagai program, ceramah dan bengkel dalam mempertingkatkan perniagaan dan maju ke hadapan.

Menurutnyaa, terdapat juga program mentor perniagaan untuk wanita, peluang francais, klinik perniagaan khusus, bengkel perniagaan runcit atas talian, di samping ceramah dan sesi perkongsian oleh usahawan francais yang terkenal dan pemimpin korporat industri.

Peserta yang ingin menyertai program tersebut boleh mendaftar di www.gogreat.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.