saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 11/10/2014

Bajet 2015 perhalusi sistem GST

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Langkah kerajaan yang memperhalusi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan program rasionalisasi subsidi dalam pembentangan Bajet 2015 dilihat mengimbangi desakan untuk mengawal kewangan negara.

Namun pada masa yang sama, kandungan bajet itu turut memberi penekanan bagi melindungi nasib rakyat kesan daripada langkah kerajaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Standard Chartered Bank Malaysia Bhd., Osman Morad berkata, Bajet 2015 lebih menumpukan usaha untuk memastikan sumber negara diurus sebaiknya terutama sekali di dalam sistem subsidi bahan api yang bakal diumumkan kelak.

"Tambahan senarai baharu barangan yang dikecualikan GST serta kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah positif bagi mereka mengharungi kenaikan harga barang yang sementara," katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di dalam pembentangan Bajet 2015, daripada 944 barangan dan perkhidmatan yang terdapat di dalam beg barangan Indeks Harga Pengguna, 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus hasil pelaksanaan GST manakala 354 jenis lagi akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus.

Malah, beliau mengumumkan sistem subsidi bahan api yang baharu akan diumumkan selepas ini dengan agihan yang lebih adil kepada golongan yang lebih memerlukan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bajet kali ini agak adil bagi memenuhi keperluan negara dan kepentingan sosial rakyat, terutamanya bagi menghadapi potensi kenaikan kos hidup.

"Kami teruja dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam mengawal disiplin perbelanjaan awam. Kesemua langkah yang diambil ini adalah betul menjelang 2020," katanya.

Katanya, sasaran untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima hingga enam peratus tahun depan adalah realistik dengan pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Bhd., Lee Lung Nien berkata, Bajet 2015 menjadi landasan dalam mengubah struktur ekonomi negara.

"Malah, kami menyambut baik segala pengumuman insentif yang dibuat kerajaan bagi menggalakkan pelaburan dan perniagaan di samping tumpuan untuk menjaga kepentingan rakyat dalam menghadapi kos hidup yang tinggi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.