saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

Kerajaan, MIDA tidak pernah diskriminasi

MUSTAPA MOHAMED

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kerajaan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tidak pernah bersikap diskriminasi dalam membawa masuk pelaburan atau 'pilih kasih' memberi insentif kepada negeri tertentu sepanjang 47 tahun mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebaliknya menegaskan bahawa keputusan untuk melabur ditentukan oleh syarikat antara lain berdasarkan lokasi.

Katanya, meskipun ada naik turun, Pulau Pinang kekal satu daripada destinasi pelaburan utama di negara ini dalam kalangan pelabur asing terutama dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) serta peralatan perubatan kerana sejarah, kemudahan infrastruktur dan ekosistem industri yang kukuh di negeri itu.

"Bagi tempoh 2011 sehingga September 2014, MIDA Pulau Pinang telah memudahkan lebih 200 lawatan daripada syarikat-syarikat asing ke negeri itu.

"MIDA juga menganjurkan pelbagai bengkel dan taklimat tentang Dana Strategik Pelaburan Dalam Negara (DISF) kepada persatuan industri dan syarikat di Pulau Pinang sejak ia diperkenalkan Julai 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, kerajaan Pulau Pinang mendakwa Kerajaan Pusat menjadi punca kelewatan projek-projek termasuk pelaburan asing, infrastruktur dan bekalan air mentah di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, tindakan Putrajaya itu hanya akan merosakkan negara kerana pelabur asing yang kecewa dengan kelewatan akan mencari lokasi pelaburan lain di samping turut mendakwa usaha MIDA menarik pelabur asing ke negeri itu dibekukan.

Sambil menyifatkan dakwaan Guan Eng itu sebagai tidak bertanggungjawab, Mustapa berkata, Guan Eng seharusnya bertanyakan INVEST Penang dan syarikat-syarikat di negeri itu untuk memberi maklum balas sama ada wajar atau tidak bagi beliau membuat kenyataan tidak berasas tersebut.

Jelas Mustapa, selain aktiviti promosi harian yang diadakan oleh MIDA, beliau sendiri mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara di mana setiap kerajaan negeri dijemput untuk turut serta tanpa sebarang prejudis, selain kerap mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat setiap kali melawat Pulau Pinang.

Malah, tambah beliau, pada 17 Oktober dan 13 November ini, MIDA akan menganjurkan Seminar Sektor Perkhidmatan Pelaburan di Pulau Pinang dan telah menjemput INVEST Penang untuk menjadi speaker pada acara berkenaan.

Selain itu, katanya, pihak kementerian juga merancang untuk menjadi tuan rumah Persidangan SEMICON pada awal tahun depan, pertama kalinya di Malaysia dan diadakan di Pulau Pinang.

"Guan Eng perlu memastikan fakta beliau betul terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Saya sedih dan kecewa kerana seorang Ketua Menteri menggunakan publisiti murah untuk mempromosikan dirinya sendiri.

"Kenyataan beliau menjejaskan MIDA dan usaha saya dalam mempromosikan pelaburan di Malaysia. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dan pelaburan, saya ingin Ketua Menteri menunjukkan bukti dakwaan beliau," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.