saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

Bajet 2015: RM1 bilion untuk PKS

LEDANG 12 Okt. - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kilang-kilang kecil terutama milik bumiputera perlu meningkatkan produktiviti serta kualiti produk menerusi peruntukan lebih RM1 bilion yang disediakan dalam Bajet 2015.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir. Hamim Samuri (gambar) memberitahu, antara peluang yang harus direbut ialah melalui Skim Pembangunan SME yang melibatkan peruntukan sebanyak RM375 juta.

"Melalui skim ini SME Bank menyediakan RM250 juta manakala untuk pelaburan persendirian RM125 juta. Selain itu bagi membantu mereka, RM10 juta disediakan SME Corporation Malaysia dan RM80 juta disediakan Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) melalui Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS.

"Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) pula menyediakan RM500 juta iaitu RM350 juta untuk usahawan bumiputera yang baharu, RM50 juta (Program Pembangunan Usahawan Muda Wanita Profesional), RM50 juta (Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ledang di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini semalam.

Menurut Hamim, Bajet 2015 menyediakan ruang dan peluang yang besar untuk PKS meningkatkan kualiti produk khususnya syarikat-syarikat dan kilang-kilang kecil yang masih jauh ketinggalan serta tidak mempunyai tahap kapasiti dan keyakinan tinggi untuk bersaing.

Beliau berkata, penawaran pembiayaan pinjaman MIDF itu adalah salah satu langkah strategik kerajaan dalam memajukan sektor perindustrian negara dan memperkasakan daya saing usahawan tempatan.

"Antara kelemahan PKS bumiputera ialah terdapat usahawan yang masih tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mengamalkan pengurusan syarikat yang lemah dan tidak betul. Mereka juga tidak memiliki jiwa yang besar," katanya.

Selain itu katanya, produk mereka tidak menepati piawaian ditetapkan untuk dieksport walaupun tidak dinafikan ada antara mereka berjaya menembusi pasaran negara jiran terutama produk-produk makanan halal tetapi jumlahnya sangat kecil.

Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, bagi penjaja dan peniaga kecil pula, pinjaman mudah disediakan iaitu RM30 juta bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Jelasnya, belanjawan tersebut tidak melupakan usahawan bukan bumiputera apabila disediakan masing-masing RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India dan Skim Pembiayaan Usahawan Muda Cina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.