saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

Sektor francais sumbang RM25.6b kepada KDNK

MUHAMMAD Ikhmal Abd Aziz, 18, (kiri) dan Amirul Aiman Kamarulzaman, 22, memegang antara barangan francais Paku Hardware di gerai jualan pada Program Francais Komuniti Peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 12 Okt.- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yakin industri francais akan terus berkembang dan menyumbang sehingga RM25.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) kementerian itu, Datuk Basaruddin Sadali berkata, jangkaan pertambahan kira-kira RM1 billion itu seiring dengan peningkatan jumlah syarikat berasaskan francais di negara ini.

"Sehingga akhir September tahun ini sahaja, sejumlah 745 buah syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dan ini merupakan petanda yang positif terhadap pembangunan industri francais di Malaysia," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Francais Komuniti Zon Timur 2014 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.

Sebanyak 17 buah syarikat francais mengambil bahagian dalam program berkenaan selain lima buah agensi di bawah KPDNKK, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Francais Malaysia (MFA) serta beberapa syarikat yang berkaitan.

Sempena program itu turut diadakan sesi perkongsian pengalaman bersama usahawan francais serta Klinik Francais yang menarik penyertaan kira-kira 300 usahawan kecil.

Katanya, sektor makanan dan minuman menjadi penyumbang terbesar untuk industri francais iaitu sebanyak 36 peratus.

Dalam pada itu, Basaruddin memberitahu, tidak sampai 30 peratus golongan bumiputera yang terlibat secara langsung dalam industri francais ketika ini.

"Sehubungan itu, kita mahu mereka menceburi bidang ini kerana ia mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan. Kerajaan memandang serius perkembangan industri ini dan kita menyediakan bantuan dalam bentuk pinjaman modal dan juga khidmat nasihat kepada mana-mana usahawan yang berminat," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.