saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 13/10/2014

GST: Kelegaan rakyat perlu diteruskan

TAMBAHAN senarai produk yang dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2015, sedikit melegakan rakyat.

Antara barangan baharu yang dikecualikan itu ialah buah-buahan, roti putih, mi kuning dan hampir 2,900 jenama ubat-ubatan utama untuk 30 jenis penyakit.

Paling utama ialah pengecualian petrol RON95 dan diesel yang amat penting bagi mengawal kesan berantai yang boleh menaikkan harga barang.

Sejak pengenalan GST semasa Bajet 2014, rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana sentiasa risau dengan kenaikan harga barangan yang akan berlaku.

Kerajaan dilihat berusaha mengimbangi keperluan negara untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dan menjaga kepentingan rakyat dalam aspek penggunaan harian.

Malaysia berhadapan situasi yang sukar apabila mahu mengubah sistem percukaian tatkala rakyat sudah selesa dengan sistem sedia ada. Ia berbeza berbanding negara-negara lain yang sudah melaksanakan GST lebih awal.

Tidak dinafikan sistem baharu ini lebih baik dari segi nilai kutipan cukai berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

GST dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber petroleum. Ia juga memastikan kewangan Malaysia berkeadaan sedia jika mengalami kejutan ekonomi.

Kandungan Bajet 2015 berjaya meredakan sedikit kemarahan dan kerisauan rakyat, dan momentum itu perlu diteruskan.

Keutamaan adalah bagaimana hendak mengawal peniaga yang semestinya mengambil kesempatan ke atas 354 jenis barangan dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga.

Agak menyedihkan iklan-iklan GST yang dipaparkan masa ini kurang membantu dan mengelirukan. Iklan-iklan itu hanya menyatakan barang itu dan barang ini dikecualikan GST.

Sedangkan hakikatnya tidak jelas bagaimana harga akhir sesuatu produk atau perkhidmatan yang dikecualikan GST itu, mampu mengelak kesan rantaian inflasi.

Pengalaman penulis yang membuat liputan seminar GST anjuran kerajaan, maklumat yang diberikan terlalu umum dan kadangkala kurang meyakinkan baik dari segi pelaksanaan dan penentuan harga.

Berbaki enam bulan sebelum 1 April 2015, pemahaman rakyat perlu diutamakan kerana merekalah yang menghadapi kenaikan harga barangan, jika terlewat ia bagaikan mencurah minyak ke dalam api.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.