saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/10/2014

Kerajaan perlu wujudkan kembali MeCD

HAWA ROSE OMAR

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) perlu diwujudkan semula bagi membantu usahawan muda bumiputera yang baharu memulakan perniagaan.

Naib Presiden Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA), Hawa Rose Omar berkata, tanpa kementerian itu, usahawan muda seolah-olah hilang tempat bergantung.

Kata beliau, pihaknya sememangnya menanti-nantikan kewujudan semula kementerian berkenaan setelah melihat banyak kelebihan yang diperoleh usahawan sepanjang penubuhannya.

"Kami melihat ini amat penting kepada anak-anak muda Melayu yang mempunyai minat untuk berniaga. Kita perlu bantu dan pegang tangan mereka supaya semangat mereka tak putus di tengah jalan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Generasi Muda Berjaya (GMB), Agil Faisal Ahmad Fadzil yang berpendapat usahawan bumiputera perlu mempunyai entiti penggerak yang berupaya memperjuangkan nasib mereka sama ada membabitkan isu modal, pembiayaan kewangan mahupun pemasaran produk ke luar negara.

Menurut Agil Faisal, sekiranya Kementerian Pembangunan Usahawan dikembalikan semula, isu-isu membabitkan usahawan bumiputera boleh ditangani dengan cepat dan mempunyai suara dalam Kabinet.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Usahawan Melayu Inovatif Malaysia (Bumi), Halil Husairi Hamzah berkata, penubuhan kementerian itu dapat meletakkan kembali segala pengurusan keusahawanan di bawah satu bumbung termasuk usahawan yang terlibat dengan koperasi.

Katanya, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) akan menerima banyak manfaat sekiranya cadangan penubuhan semula kementerian itu dipertimbangkan kerajaan.

"Bagi usahawan yang sudah berjaya, tiada masalah tetapi bagaimana pula dengan yang baru nak memulakan perniagaan. Siapa yang akan menjaga mereka. Saya melihat apabila kementerian ini dibubarkan dulu, kebanyakan IKS terumbang-ambing kerana tiada tempat mengadu dan fungsi masing-masing berpecah-pecah mengikut kementerian tertentu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Kreatif Kedah, Hasnizam Md. Zaki pula berpendapat, generasi baharu yang menceburi bidang keusahawanan sememangnya amat memerlukan satu pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.

"Apa yang saya pernah lalui dulu, kami mempunyai satu tempat yang dituju dan pegawai bertanggungjawab kemudiannya akan membimbing dan menyalurkan kami kepada pihak-pihak berkenaan. Tetapi keadaan sekarang, agak bercelaru dan tiada satu tempat khusus yang boleh dituju terutama generasi baharu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.