saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/10/2014

Najib hadiri Asem 2014 di Milan

MILAN 15 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) 2014 di sini yang bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara negara-negara di rantau Asia dan Eropah.

Asem 2014 akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari 53 negara dengan perbincangan kali ini tertumpu kepada isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi dan pengangguran di sesetengah negara.

Duta Malaysia ke Itali, Datin Paduka Halimah Abdullah berkata, ketika menghadiri persidangan dua hari yang bermula esok itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan pada hari pertama dan turut mengadakan perbincangan dua hala dengan beberapa pemimpin negara.

"Najib dijadualkan bertemu dengan pemimpin dari Hungary, Finland, Perancis, Norway, Lithuania, Vietnam dan Itali di samping beberapa lagi pemimpin negara lain yang menunggu pengesahan," katanya dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di sini pada 9 pagi ini (waktu tempatan). - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.