saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 16/10/2014

Gaji sektor perbankan dan kewangan tumbuh paling tinggi di Malaysia

Kamal Karanth

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Sektor perbankan dan kewangan di Malaysia merekodkan pertumbuhan gaji paling tinggi dalam tempoh 12 bulan lalu berbanding sektor-sektor lain iaitu sekitar 10 peratus hingga 25 peratus.

Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly), Kamal Karanth berkata, pertumbuhan itu disebabkan sektor berkenaan berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Malah katanya, jawatan di peringkat pengurusan atasan dalam perbankan Islam mendapat permintaan paling tinggi berikutan kekurangan guna tenaga mahir dalam bidang itu dengan gaji maksimum bagi jawatan ketua syariah adalah RM21,000.

"Peningkatan industri perbankan Islam di negara ini dan di peringkat global turut mencipta peluang pekerjaan yang lebih tinggi dalam bidang itu dengan gaji yang kompetitif," katanya semasa membentangkan laporan kaji selidik panduan gaji Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Kaji selidik panduan gaji Malaysia dijalankan dengan mengambil kira sentimen dan data semasa meliputi pelbagai sektor.

Kelly ditubuhkan di Malaysia sejak 1984 dan kini mempunyai 14 buah pejabat di seluruh negara termasuk di ibu kota, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Tambah Kamal, bilangan pekerja paling ramai dalam sektor adalah teknologi maklumat (IT) dengan 130,000 orang dan peningkatan jumlah kakitangan IT disebabkan peningkatan penggunaan teknologi tinggi di negara ini.

"Pertumbuhan gaji bagi sektor IT sedikit perlahan iaitu sekitar lima hingga 10 peratus manakala sektor kejuruteraan (10 peratus) serta sektor jualan dan pemasaran (10 hingga 20 peratus) dalam tempoh 12 bulan yang lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.