saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 17/10/2014

Bajet: Komitmen kerajaan untuk rakyat

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Bajet 2015 menepati jangkaan pasaran melalui pengukuhan komitmen kerajaan dalam melakukan perubahan cukai dan fiskal dengan mempertingkatkan perolehan menerusi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), meningkatkan nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain beberapa langkah popular yang melegakan rakyat.

Firma penyelidikan JF Apex Securities Bhd. (JF Apex) berkata, Bajet 2015 juga membuktikan kerajaan berterusan memperkenalkan langkah-langkah terbaik seperti memberi insentif-insentif, peruntukan-peruntukan dan dana-dana mudah untuk rakyat.

"Bajet 2015 seperti menepati jangkaan pasaran. Seperti dijangka, peningkatan BR1M sebanyak RM300, pemotongan kadar cukai pendapatan peribadi sebanyak satu hingga tiga mata peratus, pengesahan projek-projek rel dan lebuh raya di Lembah Klang, usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan pendapatan kelas rendah dan pertengahan serta berterusan membangunkan infrastruktur di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya di Malaysia Timur menjadi agenda utama kerajaan untuk rakyat di dalam bajet kali ini," kata firma itu dalam laporan di sini hari ini.

Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu dengan tema ekonomi keperluan rakyat.

Menurut JF Apex, kerajaan ternyata tidak melupakan perusahaan kecil dan sederhana dan sektor-sektor korporat bagi menangani impak kuasa beli yang rendah dan mengekalkan persekitaran perniagaan yang kompetitif.

"Kerajaan memperkenalkan langkah-langkah bagi menyokong pertumbuhan penggunaan domestik untuk masa hadapan dan pelaburan swasta yang juga merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang," kata firma itu.

JF Apex menambah, pihaknya berasa bajet yang dibentangkan kali ini lebih menumpukan isu-isu bagi memperbetulkan sosio ekonomi di negara ini dan tidak memberi impak kepada pasaran saham.

Jelasnya, tidak banyak langkah-langkah besar atau projek-projek mega yang diperkenalkan di dalam bajet yang memberi kesan kepada sentimen pelabur kecuali pemotongan kadar cukai korporat dari 25 peratus pada waktu ini kepada 24 peratus berkuat kuasa 2016 yang memberi impak minimum kepada pendapatan syarikat-syarikat senaraian awam.

Secara keseluruhannya, kata JF Apex, pihaknya percaya Bajet 2015 akan memberi impak yang terhad kepada pasaran sebagaimana pelabur-pelabur asing dilihat tidak memberi reaksi segera kepada langkah-langkah lebih tertumpu kerajaan yang memperketatkan fiskal.

Firma itu memberitahu, pertumbuhan ekonomi pada tahun depan juga dijangka berterusan dipacu melalui penggunaan domestik yang kukuh, pelaburan swasta dan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan.

Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan juga dijangka selari dengan pertumbuhan yang akan dicapai pada tahun ini iaitu sekitar 5.5 hingga enam peratus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.