saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/10/2014

Bajet: Inisiatif tingkat pendapatan rakyat

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Inisiatif kerajaan dalam meningkatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 bersamaan dengan nilai keseluruhan RM1.8 bilion dan pengurangan cukai individu sehingga RM4.5 bilion dijangka meningkatkan pendapatan isi rumah di Malaysia terutamanya golongan kelas rendah dan pertengahan.

Malah, inisiatif yang dilakukan itu menunjukkan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukan perubahan fiskal yang lebih berimbang.

Hong Leong Investment Bank Bhd. (HLIB) dalam nota penyelidikannya berkata, peningkatan pendapatan isi rumah itu dijangka bernilai sehingga RM6.3 bilion pada 2015, satu nilai yang cukup besar untuk memelihara kebajikan rakyat.

Jelas firma itu lagi, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang meluas bermula April tahun depan juga akan membawa petanda positif bagi memastikan kemapanan dalam pertumbuhan perbelanjaan pengguna.

"Langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja untuk merangsang pertumbuhan, sebaliknya akan mengekalkan momentum perkembangan ekonomi dan berada di landasan yang betul," kata firma itu hari ini.

Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu dengan tema ekonomi keperluan rakyat.

Tambah HLIB, inisiatif kerajaan yang memberi insentif dan dana untuk latihan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam Bajet 2015 juga dapat meningkatkan matlamat kerajaan mencapai negara berpendapatan tinggi dengan lebih pantas.

Malah, kerajaan turut memberi tumpuan yang lebih untuk mempromosi pelaburan dalam sektor-sektor perkhidmatan dan perindustrian sebagai salah satu usaha meningkatkan daya saing negara, jelasnya.

Menurut firma itu, momentum sektor pembinaan dijangka kekal kukuh dengan pengumuman kerajaan di dalam Bajet 2015 baru-baru ini terhadap projek-projek baharu seperti transit aliran ringan (LRT Line 3), lebuh raya-lebuh raya baharu dan sebagainya.

"Sektor-sektor seperti perkapalan, pasaran modal Islam dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menerima manfaat optimum daripada langkah-langkah dan insentif yang diperkenalkan kerajaan untuk terus berkembang pada tahun hadapan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.