saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/10/2014

Peningkatan bukti kerajaan prihatin

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Inisiatif kerajaan yang turut memberi tumpuan terhadap mempertingkatkan teknologi dalam Bajet 2015 membuktikan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat kerana teknologi dapat memacu pertumbuhan ekonomi pada hari ini dan masa akan datang.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Faris Yahaya berkata, teknologi juga merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi banyak negara terutamanya di negara-negara maju.

Jelasnya, Malaysia dilihat tidak mempunyai perbezaan dengan negara-negara maju sekali gus inisiatif yang diberikan dapat mengubah persekitaran ekonomi yang lebih baik kepada masyarakat.

"Kami yakin bahawa teknologi memberi impak kepada negara dan masyarakat sekiranya dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bajet 2015 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu.

Dalam Bajet 2015, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion dalam tempoh lebih tiga tahun bagi membina menara-menara telekomunikasi baharu dan memasang kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi ke kawasan-kawasan yang lebih luas.

Kawasan-kawasan yang berimpak tinggi seperti kawasan perniagaan memerlukan akses internet bagi meningkatkan pembangunan perniagaan serta bersaing di pasaran global.

Tambah Faris, usaha berterusan kerajaan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara untuk memulakan perniagaan yang paling disyorkan adalah amat bertepatan.

Katanya, langkah itu dapat membentuk suasana kondusif selain dapat menarik lebih banyak bakat-bakat baharu dan usahawan-usahawan ekspatriat ke negara ini.

"Cyberjaya juga merupakan salah satu contoh perbandaran yang memiliki ekosistem memulakan perniagaan yang baik untuk pelabur-pelabur asing," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.