saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 18/10/2014

Pelaburan di Pulau Pinang meningkat - MIDA

PULAU PINANG 17 Okt. - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menafikan dakwaan Kerajaan DAP Pulau Pinang kononnya badan itu tidak bersungguh-sungguh menarik pelabur asing ke negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Phang Ah Tong berkata, dakwaan itu bercanggah dengan realiti sebenar yang menunjukkan sebanyak RM4.6 bilion projek pelaburan diluluskan di negeri ini bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu.

"Kita tidak faham kenapa kerajaan negeri mengeluarkan dakwaan seperti itu sedangkan MIDA sentiasa komited menarik pelaburan ke negeri ini yang mempunyai ekosistem pelaburan industri elektrik dan elektronik yang baik," katanya selepas merasmikan seminar mengenai peluang pelaburan dalam sektor perkhidmatan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa Kerajaan Pusat menjadi punca kelewatan projek-projek termasuk pelaburan asing, infrastruktur dan bekalan air mentah di negeri ini dan menyifatkan tindakan itu hanya akan merosakkan negara.

Bagaimanapun, dakwaan Guan Eng itu dibidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menegaskan, kerajaan dan MIDA tidak pernah bersikap diskriminasi sepanjang 47 tahun mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Dalam pada itu, Ah Tong berkata, urusan mempromosi dan menarik pelabur oleh MIDA bergantung kepada merit dan ekosistem yang ditawarkan kerajaan negeri berdasarkan fasiliti yang disediakan.

Sebagai contoh katanya, negeri ini mempunyai ekosistem yang baik dalam pelaburan bagi industri elektrik dan elektronik manakala Johor pula terkenal dengan industri minyak dan gas khususnya di kawasan Pengerang.

"Jadi kita tidak boleh membawa pelabur yang berminat dengan industri minyak dan gas ke negeri ini kerana industri itu bukan kekuatan ekonomi bagi Pulau Pinang," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.