saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 15/05/2012

Pusat rawatan muka Herbaline

Rawatan spa wajah mampu meredakan ketegangan.

GOLONGAN wanita bekerjaya yang sanggup mengehadkan sedikit masa mereka di spa untuk mendapatkan rawatan tertentu pasti inginkan suasana dan layanan terbaik.

Tambahan, jika wajah yang berseri dan bebas dari masalah dapat menyuntik semangat dan meningkatkan keyakinan diri dalam menjalani kehidupan seharian.

Dengan hasrat memberi dan membantu wanita menjaga kecantikan wajah mereka sambil menikmati suasana tenang dan sejahtera, produk kecantikan Herbaline telah menubuhkan pusat Rawatan Muka Herbaline.

Spa Rawatan Muka Herbaline yang dianggap sebagai pusat rawatan muka pertama di Malaysia menyediakan persekitaran dan perkhidmatan seperti spa yang pasti mengusik deria anda tatkala saat pertama kali kaki melangkah masuk ke situ.

Pengarah Herbaline, CK Low berkata, kehidupan moden membawa banyak tekanan dan menghakis keremajaan dan kecantikan.

"Memandangkan tekanan dan kecantikan saling berkait, Herbaline menawarkan lima rawatan muka pada harga yang mampu untuk semua golongan.

"Bukan satu kebiasaan untuk anda merasai rawatan muka sambil mengalami pengalaman spa yang direka untuk memberi kesejahteraan dan merangsang rawatan muka supaya lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata, konsep spa yang direka ini akan memberi seribu ketenangan dan keharmonian kepada pengunjung kerana hiasan dalaman direka seperti berada di sebuah pusat peranginan.

"Persekitaran dalam dan luar banglo yang diubah suai menjadi spa rawatan muka ini menerapkan unsur-unsur zen, keharmonian yang menyegarkan fikiran dan badan, mengulit jiwa dan menceriakan perasaan.

" Tambahan sesi perundingan di ruang rehat yang santai membawa anda merasai kelainan dunia rawatan muka," kata Low.

Katanya lagi, perjalanan bermula dengan berjalan di laluan batu kerakal dan batu buntar yang sengaja di letakkan bagi memperlahankan langkahan anda.

"Keadaan ini memberi gambaran bahawa anda tidak perlu terburu-buru dan perlu tenang sementara waktu sebelum mendapatkan rawatan muka.

"Sebelum melalui rawatan muka, anda akan disambut oleh rawatan spa kaki garam laut yang melegakan, aromaterapi serai dan minuman teh spa kecantikan sebelum mencelup kaki ke dalam kolam refleksologi spa ikan," kata Low.

Katanya, selepas pengunjung merasai kesegaran ia disusuli dengan rawatan muka yang ditunggu-tunggu.

"Rawatan muka menggunakan produk Herbalife adalah gabungan dengan teknologi terkini tanpa penggunaan AHA dan pengelupasan kulit.

"Ia menawarkan rawatan semula jadi yang menyegarkan, tidak berminyak dan terasa ringan. Herbaline juga menawarkan sebanyak lapan jenis rawatan muka untuk semua jenis kulit.

"Rawatan ini juga menggunakan kombinasi urutan Timur dan Teknik Barat dicipta khas untuk kulit Asia," katanya.

Beliau berkata, harga untuk rawatan di Herbaline adalah serendah RM69 sehingga RM 149.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.