saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 18/10/2012

Dari New York ke Kangar

Raja Rezza Shah (empat dari kiri) pada menyerahkan jambangan bunga kepada Radzuan Radziwill yang menampilkan koleksi bertemakan Oriental Charm sempena IFF Kangar 2012 di Mes Pegawai Polis, Kangar, Perlis baru-baru ini.

SIAPA yang tidak kenal dengan Pereka Malaysia pula terdiri dari Datuk Tom Abang Saufi, Calvin Thoo, Nor Aini Shariff (Jarumas) dan Datuk Radzuan Radziwill.

Manakala pereka dari Indonesia pula terdiri dari Jeny Tjahyawati, Dian Pelangi dan Ghea Panggabean.

Dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Raja Perempuan, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada majlis Makan Malam Gala IFF, menambahkan lagi seri pertunjukan itu yang diadakan di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jalan Raja Muda, Kangar.

Hadir sama Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Mukadimah IFF dimulakan oleh Tom yang mengambil tema kehebatan Puteri Grace dari Monaco yang kemudiannya digarap dalam rekaan yang menyerlahkan si pemakai umpama sang puteri.

Tom yang terkenal dengan motif batik dan etnik ini cuba menyesuaikan rekaannya itu dengan blaus berlengan panjang untuk digayakan bersama kain atau gaun labuh dengan ikatan tali.

Begitupun Tom juga sukakan warna polos gelap untuk sut blaus berlengan panjang dan seluar supaya pemakai lebih selesa menggenakan rekaan yang menampilkan gaya bersahaja ini ke pejabat.

Jeny yang mengambil tema Gracious in Pastel menampilkan gaya wanita moden dan eksklusif.

Beliau banyak menumpukan rekaan dalam jubah labuh beropol dan jubah kaftan yang diserikan dengan labuci, manik dan sulaman bunga.

Selain itu pereka Indonesia ini sengaja mencipta jaket berlengan labuh yang sarat dengan labuci dan dipenuhi bunga-bungaan dalam bunga warna pastel yang boleh dikenakan oleh pemakai bagi menampilkan gaya yang lebih anggun.

Tema Yin Yang menjadi pilihan Calvin untuk menampilkan setiap rekaan hanya dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.

Ciptaannya ditampilkan dalam kurung moden dan jubah dalam potongan sederhana.

Motif batik digabung dengan potongan moden oleh Ya Jameel Homme satu kelainan untuk si jejaka.

Taburan taburan manik dan labuci dalam lakaran yang menarik pada bahagian dada, kolar dan lengan menjadikan gaya pemakai nampak memukau.

Sentuhan kreatif Nor Aini yang mengutamakan corak batik dalam rekaannya ternyata berjaya tampil dalam rekaan yang menakjubkan.

Sesuai dengan temanya Enchanting Dream di mana dengan padanan warna yang menarik sekali gus dapat menampilkan pemakai tampak lebih feminin.

Kelebihan pada potongan baju turut membantu menambahkan lagi gaya si pemakai.

Dian yang memilih tema Blissful Adha sempena Hari Raya Aidil Adha, masih mengekalkan identitinya yang sukakan fabrik berwarna-warna bak pelangi.

Kali ini beliau menggabungkan dua jenis fabrik iaitu chiffon crepe dan songket Palembang dalam hampir kesemua rekaannya.

Lebih menarik songket Palembang tersebut disesuaikan sebagai baju pendek ala kembang payung, jaket lengan panjang dan juga kain.

Radzuan yang menampilkan rekaan bertemakan Oriental Charm di mana memasukkan unsur-unsur pakaian tradisional Jepun iaitu kimono.

Pilihan fabrik bercorak dan juga polos tampak menarik apabila sulaman yang sebahagian besarnya dalam warna emas menjadi hiasan pada bahagian leher, dada dan tali pinggang.

Bagi Ghea pula dengan tema 'The Journey of Ancient Textiles sekali lagi menyerlahkan idea pereka ini yang suka mengenengahkan batik Pesisiran dan juga songket.

Koleksi jubah kaftan dari fabrik chiffon dan baldu dengan rekaan batik etnik menjadikan si pemakai mendapat perhatian luar biasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.