saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 28/11/2012

Koleksi Pandora

Yvonne Lee dengan koleksi Pandora yang menawan.

Bagi peminat Pandora, barangan kemas ini bukan asing pada mereka. Ditambah musim perayaan Krismas yang bakal tiba, pasti penggemarnya anda tidak melepaskan peluang mendapatkan koleksi baru Pandora.

Menurut Pengarah Urusan Pandora, Datin Zarida Noordin, bertemakan 'Night-time Fable atau dongeng malam koleksi ini mempunyai kilauan charm' dan pave (manik) mewah yang menawan.

"Koleksi ini menggabungkan elemen dan motif klasik serta kontemporari pada rekaannya yang mampu menyerikan penampilan.

"Pandora menampilkan koleksi kilauan manik pave, cahaya bintang dan 'charm' yang bertemakan Krismas seperti bentuk stoking, kek halia, orang salji dan sebagainya," katanya sewaktu majlis memperkenalkan koleksi Hari Krismas Pandora di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Zarida berkata, Pandora menambah saat manis Hari Krismas pelanggan dengan koleksi charm tergantung yang mempunyai sentuhan penggunaan batu permata berwarna biru, kuarza kelabu, manik tergantung yang berbentuk beruang kutub dan pelbagai lagi bentuk menarik.

Selain itu, koleksi manik pave terdiri daripada perak asli bersama batu permata cubic zirconia dan kristal yang menjadi gaya masa kini.

Mempunyai pilihan warna seperti merah jambu, biru, coklat, hitam dan putih, koleksi ini bakal menyuntik gaya memikat agar anda tampil anggun dan menawan.

Koleksi Hari Krismas Pandora turut menawarkan cincin emas dan perak bersama hiasan mutiara dan batu permata biru.

Pelanggan turut berpeluang mendapatkan perhiasan berbentuk stoking edisi terhad dengan pembelian RM500 ke atas pada promosi sepanjang Disember ini.

Koleksi yang ditawarkan pada harga bermula RM124 itu boleh didapati di butik Pandora sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang, Putrajaya, Pulau Pinang dan Sarawak.

Pandora yang dipasarkan secara eksklusif oleh jenama barang kemas negara terkenal, Habib Jewels turut mengumumkan pembukaan butik Pandora di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada penghujung November.

"Kami mensasarkan tempat-tempat yang mudah dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapatkan koleksi Pandora," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi, pelakon dan model Nurul Huda Abdul Wahab yang turut menyertai majlis memperkenalkan koleksi Krismas daripada Pandora turut teruja dengan koleksi yang bakal dijadikan hadiah buat ibu mertuanya menjelang Krismas ini.

Turut bersama dalam majlis memperagakan koleksi Krismas tersebut Ratu Pelancongan Antarabangsa 2011/2012, Aileen Gabriella Robinson; Ratu Malaysia 2012, Yvonne Lee dan penyanyi baru, Amanda Imani.

Untuk maklumat lanjut berhubung koleksi Pandora, layari www.pandora.net.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.