saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 07/06/2014

Farisya Anastasyia pertaruh Rempah Ayam Madu

MUNGKIN ramai yang tidak percaya dalam usia yang masih muda, ramai dalam kalangan remaja kita sudah layak bergelar usahawan. Buktinya ada pada Nur Amni Insyirah Hussin, 22, yang lebih mesra disapa Farisya Anastasyia. Dia kini merupakan pengusaha Rempah Ayam Madu.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, apa sahaja usaha kini lebih mudah dilakukan. Menyedari itu, Farisya Anastasyia turut menceburi bidang penulisan blog yang mana menerusi penulisan itu, dia turut memberi fokus kepada perkongsian resepi dan tip makanan. Selain itu, Farisya Anastasyia tidak melupakan aspek kecantikan demi memastikan personalitinya sebagai usahawan muda menyerlah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Agama (perempuan) Khairiah, Farisya Anastasyia kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Batu Burok, Kuala Terengganu semasa berada di tingkatan tiga bagi mengikuti bidang Sains Tulen Agama.

Minat untuk membantu orang ramai melalui khidmat perubatan mendorong gadis ini melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Pembantu Perubatan di salah sebuah kolej perubatan di Pantai Timur.

Genap tiga tahun belajar, Farisya Anastasyia nekad memulakan perniagaan bagi mengatasi masalah pengangguran yang semakin serius. Gadis ini berusaha mencari inisiatif sendiri untuk memajukan diri daripada hanya melihat dan menunggu peluang kerjaya datang bergolek.

Bagi anda yang mahu terus mengenali blogger pilihan minggu ini, jangan lupa layari www.duniafarisya.com. Anda boleh lihat dan ikuti pelbagai bahan yang menarik untuk dijadikan inspirasi. - AZRIN/ROSNI MASRI

Berniaga beri 1001 perubahan

Idea asal untuk menjalankan perniagaan datangnya daripada ibu saya. Hidup saya kini lebih bermakna dan terisi dengan perkara yang lebih bermanfaat. Saya sendiri tidak sangka akan bergelar usahawan pada usia 22 tahun. Tiada yang mustahil bagi saya kerana insan yang berjaya akan memulakan langkah pertamanya tanpa menoleh ke belakang.

Syukur ke hadrat Ilahi, pasaran perniagaan Rempah Ayam Madu ini telah berkembang dengan baik sehinggakan kami terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, minat untuk berniaga sememangnya menebal kerana ibu dan bapa saya merupakan pengusaha restoran di Kuala Terengganu.

Banyak yang saya belajar daripada mereka dan bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang ini. Saya juga perlu menjadi tulang belakang keluarga menguruskan enam orang adik selepas dua kakak saya berhijrah ke ibu kota, sementara ibu dan bapa saya sibuk.

Sentiasa kongsi bahan menarik

Saya mula mengenali dunia blog sejak Februari 2011 dan menggunakan platform blogspot iaitu platform percuma sebagai permulaan. Kemudian minat dalam bidang ini menjadi semakin serius sejak pertemuan pertama dengan rakan-rakan blogger dalam majlis berbuka puasa pada tahun lalu. Hasil pertemuan tersebut membawa perubahan dalam hidup saya.

Kemudian saya membuat keputusan untuk berhijrah menggunakan platform berbayar iaitu Wordpress dengan menggunakan domain dunia farisya.com. Saya menjadikan perkara di sekeliling saya sebagai bahan penulisan.

Saya gemar mencuba resipi dan makanan terbaharu. Ini membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai lokasi restoran yang menyediakan makanan yang sedap serta mempunyai banyak pilihan sajian di seluruh negara.

Selain itu, pendorong saya dalam bidang blogging ini juga ialah Farid Laham yang merupakan seorang blogger dan pemilik blog faridlaham.com dan terbaek.net. Pada mulanya, semangat saya dalam bidang blogging cuma 'suam-suam kuku'.

Namun begitu setelah dicabar olehnya, semangat saya kembali berkobar-kobar dan sehingga kini beliau tidak putus-putus memberi kata semangat dan dorongan kepada saya.

Farisya bergambar bersama pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu ketika kunjungan untuk membuat ulasan.

Akui sifat 'air' dan 'api' dalam diri

'Tak kenal maka tak cinta'. Itulah ungkapan bagi mereka yang belum pernah mengenali diri saya. Ramai yang menganggap saya seorang yang garang.

Saya tidaklah garang tetapi memiliki sikap tegas terutamanya ketika menguruskan adik-adik dan bekerja. Ada masa, kita perlu serius dan ada masa kita perlu bersantai.

Sebenarnya, saya seorang yang peramah dan mempunyai karektor humor sehinggakan apabila berbual dengan kawan-kawan, pasti ada yang ketawa seperti 'nak pecah perut'. Mereka yang mengenali saya sudah faham sangat perangai saya yang kadang kala seperti 'air' dan 'api'. Selain itu, saya juga suka berdebat.

Saya pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik ketika menyertai pertandingan debat di sekolah.

Pencapaian itu sesuai dengan karaktor saya yang suka bercakap dan bersembang demi ilmu. Bagi saya, mereka yang kaya dan berjaya tidak akan bercakap perkara yang sia-sia.

Simpan hasrat ke Masjidil Haram

Saya belum berkesempatan melancong ke luar negara. Tetapi jika mempunyai peluang, saya menyimpan niat untuk melihat negara orang.

Selain itu, saya mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Mekah. Saya teringin merasai sendiri nikmat berada di sana untuk beribadat dan akan memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin. Sebagai seorang beragama Islam, siapa yang tidak mahu ke sana?

Sudah pasti, saya akan kongsikan pengalaman itu bersama pembaca saya. Bagi saya sebagai seorang usahawan dan blogger, saya akan menyajikan himpunan motivasi untuk mereka yang sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Ia sesuai dengan tagline blog saya 'Ilmu Dikongsi Bersama'. Saya bukan seorang yang hebat, tetapi saya masih ingin berkongsi secebis ilmu yang saya ada kerana ilmu itu milik Allah dan kita semua diciptakan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.